hasan
Freshie
- Messages
- 43
- Joined
- Oct 21, 2010
- Messages
- 43
- Reaction score
- 38
- Points
- 16
Datuk Bahaman dilahirkan di Kota Raja Acheh dan ada sesetengah pendapat mengatakan dia dilahirkan di Pahang. Memandangkan kubur ayahnya terletak di kampung rantau panjang, lanchang (semantan). Tiada catatan tepat mengenai tempat kelahirannya.
Pada awalnya beliau berhijrah ke Negeri Sembilan, di sana dia menjadi orang besar kerana Yam Tuan Antah itu adalah saudaranya. Dia memakai gelaran Datuk Chamang Setia dan beliau jugalah Datuk Siamang Gagap yang popular itu.
Kemudian dia ke Pahang, kerana Bendahara Wan Ahmad itu sangat rapat dengannya. Bendahara Wan Ahmad kemudian menjadi Sultan Pahang dan Datuk Bahaman dilantik menjadi orang Berempat negeri Pahang. Jawatan tersebut adalah tertinggi di bawah Sultan dan boleh menasihati sultan dalam pelbagai perkara.
Kemudian perang Pahang meletus dan Datuk Bahaman mengambil sikap menentang penjajahan. Dari situ bermula episod baru sejarah negeri Pahang. Datuk Bahaman kemudiannya bergabung dengan pasukan Mat Kilau dan kemudian Tok Gajah turut serta dalam perjuangan menentang penjajah.
Selepas diusir dari bumi Pahang, kesemua pahlawan-pahlawan Pahang berundur ke Terengganu, Kelantan dan Siam. Mereka hidup lama di sana sebelum Pulang semula ke Pahang. Tok Gajah meninggal di Terengganu. Mat Kilau tinggal di Bt.5 Kuantan, sebelum mengaku dirinya Mat Kilau di Pulau Tawar Jerantut. Tidak lama kemudian negeri Pahang kecoh dengan kehadiran seorang lelaki keramat di Kg.Peramu.
Lelaki itu akhirnya digelar Tok Guru Peramu oleh penduduk setempat. Kisah kehebatan Tok Guru Peramu menarik perhatian ramai orang, termasuk orang kenamaan seperti Datuk Harun Idris.
Orang ramai mula menyangka bahawa orang tua itu adalah Datuk Bahaman. Dia kerap bercerita tentang perang di Pahang suatu ketika dahulu.
Malah, Tok Guru Peramu pernah memarahi Mat Kilau yang mengaku dirinya sebagai Mat Kilau. Ketika itu Mat Kilau sangat popular dan mendapat liputan luas media, dia disanjung dan dikunjungi ramai orang termasuk Dato' Meor pengasas silat Gayung.
Sampai ke mati, Tok Guru Peramu tidak mengaku dirinya adalah Datuk Bahaman. Tetapi ramai orang-orang lama di negeri Pahang ketika itu sudah tahu bahawa Tok Guru Peramu itu adalah Datuk Bahaman.
Datuk Bahaman mempunyai anak-anak lelaki yang mengikut jejaknya seperti Mat Lela, dan Pendekar Husin/Cikgu Jatan yang popular di Temerloh
Kebanyakan kisah Datuk Bahaman diceritakan oleh Mat Lela. Kisah yang diceritakan pernah dibukukan - Siapa Sebenarnya Tok Guru Peramu, dan kisah di dalam buku ini adalah lebih dipercayai dari apa yang ditulis oleh penjajah
di kawasan rumah tok guru peramu