T2T
Super Active Member
- Messages
- 6,927
- Joined
- Apr 16, 2008
- Messages
- 6,927
- Reaction score
- 113
- Points
- 73
Rejimen ke-10, mendokong atau menunggang komunisme
REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
http://munawwarah.blogdrive.com/archive/149.html
Mungkin tajuk tulisan ini agak kontroversi. Tetapi saya merasakan amat perlu untuk diwacanakan secara agak terbuka berkenaan fahaman kiri dalam domain politik kebangsaan negara kita. Aliran kiri mempunyai intepretasi pelbagai jika dilihat melalui jendela agama, sosial dan ekonomi. Secara sepunyanya, nilai aliran kiri dilihat sebagai progresif, radikal, lantang serta menjuarai isu melalui tindakan yang optimis.
Saya berminat menulis sedikit berkenaan akar umbi pemikiran sosialistik yang mendasari fahaman politik dan sosial dunia dimana Malaysia (Tanah Melayu) sendiri tidak terlepas daripada pengaruh orbit sosialis berkenaan. Melalui kaca mata sosial, aliran kiri semestinya membawa nafas sosialis, komunis atau aliran kolektivisme dalam gagasan politik dan manifesto perjuangan mereka.
Tanah Melayu pernah menerima pengaruh sebegini apabila PKMM yang berasal daripada KMM (Kesatuan Melayu Muda) telah menerima tempiasan aura sosialis dalam gagasan dan peri-juang mereka ( Pengaruh Mukhtaruddin Laso Indonesia terhadap pemikiran Dr Burhanuddin Al Helmi dan Ishak Haji Muhammad). Pemikiran sosialistik yang sebenarnya agak cocok dengan respon masyarakat tempatan yang menerima penjajahan mental, tanah dan harga diri daripada emperialis barat yang mengaut keuntungan beralaskan air mata dan darah anak watan. Tekanan dan penghakisan ketuanan anak watan menyebabkan agenda sosial lebih menjurus ke arah kebajikan marhain dan jelata. Secocoknya berdasarkan sifir dielektik politik barat dimana golongan kapitalisme dan borjois mula menerima tekanan dan perlawanan daripada golongan sosialis. Akibatnya pemikiran ini mula popular dan mengusai pembawaan perjuangan nasionalis, kemerdekaan, pemikiran perjuangan keagamaan dan sebagainya. Pemikiran sosialistik sewajarnya dipisahkan daripada pemikiran komunisme yang lebih menjurus kepada praktikal sosialisme ala barat yang boleh dipertikaikan cara pelaksanaan dan penjelmaan aspirasi sosialisme yang sebenarnya. Saya tidak mengagungkan aliran sosialisme. Tetapi wahana kebajikan dan perjuangan marhain sebenarnya adalah berbaur sosialistik walaupun bukannya perjuangan yang meniru institusi sosialisme barat yang karut dan tidak relevan dengan fitrah manusia.
Apabila British mula ingin mengukuhkan institusi hegemoni kapitalisme yang mula mencengkam, mereka mula melancarkan perang saraf dan perang dingin yang berteraskan kebencian kepada lawan mereka iaitulah aliran pemerintahan dan ekonomi sosialisme serta komunisme. Mana-mana pertubuhan dan pemikiran yang berteraskan buruh, marhain, golongan bawahan dan kemiskinan akan dituduh komunisme walaupun hakikatnya isu yang sama tidak boleh dibungkus sekali sebagai pemikiran yang sama. Pemikiran kebajikan, kemerdekaan dan pemerkasaan ketuanan anak watan PKMM dan SEBERKAS tidak boleh dituduh sebagai sosialisme barat apatah lagi sebagai komunisme!! Komunis adalah anti kuasa anak watan.
Melayu yang menganggotai Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya turut dilabelkan sebagai komunis yang anti agama, radikal, ganas dan tidak berhati perut. Benarkah tuduhan begitu? Tahukah penganalis politik hari ini, betapa dilema yang dihadapi mereka akibat kefahaman dan pendedahan global zaman itu (pembacaan, perkembangan penulisan dan wacana intelek, pengaruh Indonesia, Mesir dan England) menyebabkan mereka lebih cenderung untuk menerima platform komunis sebagai manifestasi patriotisme mereka. Mereka selesa menerima latihan komunis untuk menentang hegemoni British dan kapitalis walaupun mereka masih melayu dan masih Islam berbanding dengan mengikuti telunjuk British dalam segala segi syarat kemerdekaan. Ya hakikatnya, mereka masih Islam.
Saya masih ingat kata-kata Tuan Haji Mohd. Sabu dalam Kongres Kebangkitan Melayu pada minggu lepas, beliau menceritakan pengalaman beliau mengunjungi bekas kem-kem Rejimen Ke-10 PKM di Thailand dan melihat sendiri suasana Islam mereka. Anak-anak pejuang Komunis melayu dan pejuang-pejuang PKM yang telah tua masih tegar mengajar anak muda dengan bahasa Melayu, tulisan jawi dan ilmu agama berteraskan kitab-kitab jawi tradisional lebih daripada masyarakat semenanjung yang 'bukan komunis' tetapi buta jawi dan 'rasa malu' bercakap dalam bahasa melayu.
Adakah mereka itu telah menjadi atheis jika itulah simptom yang ada? Saya pernah membaca tulisan Ibrahim Chik (Bekas pejuang PKM) yang menceritakan beliau telah menghantar anak beliau (Maznah) untuk diasuh oleh masyarakat Thai-Melayu untuk dijaminkan keislaman dan keselamatan mereka. Mereka membina masjid Rejimen ke-10 tanpa larangan daripada Chin Peng. Bukankah mereka mempertahankan agama mereka.
Apa yang ingin saya utarakan adalah berkenaan dilema Melayu sedar pada era 1940an telah mengheret mereka untuk 'menunggang' fahaman komunis demi patriotisme dan kemerdekaan Malaya daripada cengkaman penghisap darah anak watan iaitulah British. Mereka tidak sama sekali menganut fahaman komunis secara keseluruhan. Mereka hanya mengambil method perjuangan revolusi bagi mendapat kesan yang optimum memandangkan sikap dan tekanan British yang semakin melampau kepada Sultan Melayu. Mereka bukan rasis. Mereka bukan penderhaka Sultan. Mereka bukan pengganas. Isu-isu keganasan Rejimen ke-10 telah dicipta secara terancang oleh pihak 'intellegent' British sehingga mengaburi perjuangan asal mereka. Mereka diasak sehingga Rejimen ke-10 bertindak balas. Bagi saya kekejaman PKM berpunca daripada Rejimen lain dan bukannya Rejimen ke-10 (PKM Melayu).
Patriotisme dan cintakan melayu yang signifikan dengan Islam dilestarikan oleh melayu-melayu Rejimen ke-10 ini melalui perjuangan tulisan jawi mereka, perjuangan kitab-kitab lama mereka serta lain-lain doktrin anak watan yang mereka cipta agar mereka menjadi "melayu unggul" yang sebenarnya. Jika sesiapa yang bertanyakan kita siapakah melayu unggul dan melayu yang mewarisi semangat cintakan ibu pertiwi berteraskan agama, intai-intailah selatan Thailand.
Bagaimana pula komunis lain yang menggelar mereka sebagai pejuang negara? Sebagai pejuang kemerdekaan Tanah Melayu? Saya berani mengatakan ianya adalah tidak benar. Perjuangan Koumintang dan PKM adalah berasal daripada pertarungan panjang Dr. Sun Yat Sen dengan Mao Tze Tung di tanah Besar China dahulu sebelum munculnya pemikiran itu di Tanah Melayu. Permusuhan Komunis China dan Kuomintang dengan British dan Jepun sebenarnya adalah disebabkan matlamat yang terdahulu daripada perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu. Negara Revolusi Komunis Malaya sejelasnya akan menghancurkan lagi bahasa Melayu, aspirasi Islam dan nilai kewatanan anak bangsa. Kolaborasi Melayu dan Cina dalam PKM bukanlah bertujuan tuntas untuk menegakkan negara revolusi yang membunuh daya melayu, sebaliknya adalah kolaborasi sementara sahaja demi menghalau British yang menjadi musuh bersama. Kepura-puraan dalam kerjasama itu jelas apabila pihak pemimpin PKM (orang Cina) telah menjalankan pecah dan perintah dan dasar yang memcahbelahkan melayu dalam PKM sendiri demi menghalang mereka iaitu melayu meneruskan cita-cita mereka iaitulah kemerdekaan ibu pertiwi dan penginstitusian Islam itu sendiri.
Ada yang beranggapan bahawa pemikiran Dr Burhanuddin Al Helmi sebagai tidak relevan dalam dunia politik kini. Perjuangan yang berbunyi Melayu dilihat sebagai kebangsaan yang sempit walaupun disulam dengan pembawaan Islam. Saya tidak menyokong kenyataan ini dan semestinya bukan disebabkan obses saya kepada beliau. Penelitian luas kepada pemikiran Dr. Burhanuddin adalah perlu disamping mengkaji sosiologi dan sosio-budaya melayu dulu dan terkini. Hakikatnya Melayu bersosialkan klasik seperti dahulu walaupun distrukturkan kehidupan sebagai bangsa yang mengikuti sains dan teknologi. Melayu masih erat dengan Islam dan sewajarnya dipertahankan. Perjuangan beliau yang mahukan kemerdekaan melayu daripada penjajahan ekonomi (kini melayu kembali terbelenggu serta terjajah dengan WTO dan FTA), penjajahan paradigma, pendidikan (kita kini menobatkan bahasa Inggeris, lambang penjajahan semula Melayu !!) serta agama adalah perjuangan yang belum selesai dan bukannya telah lapuk dek zaman. Beliau tidak perjuangkan melayu secara chauvinistik dan gopoh sebaliknya melihat keperluan bangsa teras negara ini membina negara idaman berteraskan melayu yang unggul dengan agamanya dan bukan terpalit dengan norma luar. Adakah ini terlalu eksklusif? Pertahanan identiti bukannya eksklusif jika diteliti kemaslahatannya (kebaikannya). Identiti melayu perlu diperjuang kembali. Palitan tuduhan terhadap Melayu Rejimen ke-10 perlu dibersih semula. Gagasan Dr. Burhanuddin perlu diwacana secara adil dan telus bukannya melabel semberono beliau sebagai sosialis dan komunis.
Muhammad Nuruddin Bashah
Kampung Terang Balik Pulau
Penang Darus Samin
7 Dis 2006
4.40 petang