TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
DSV mahu jadi penyanyi setanding PSY, Rihanna
![]()
PETALING JAYA – Dikenali ramai dengan tagline Qu Puteh Qu Puteh Barulah Putih!, usahawan selebriti Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida nampaknya masih tidak senang duduk dengan status yang dikecapi hari ini.
Bagi pengasas produk kecantikan yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida itu, beliau mahu cuba meneroka sesuatu yang baharu bagi memajukan empayar perniagaannya.
Kini, wanita kelahiran Machang, Kelantan ini mencuba nasib untuk bergelar penyanyi pula.
Bukan lagu berbahasa Melayu tapi Vida mengambil risiko untuk menyanyi dalam Bahasa Inggeris.
Namun, ibu kepada empat anak ini mengakui sudah bersedia dikritik dan dikecam melalui single pertamanya yang akan menemui peminat tidak lama lagi.
“Soal akan dikecam, saya awal-awal lagi sudah bersedia dengan perkara itu kerana setiap orang berhak memberi pandangan masing-masing.
“Cuma ingin saya tegaskan, saya bukan syok sendiri dan harap peminat menerima kehadiran saya di dalam industri hiburan. Saya juga mahu mereka sentiasa berada di belakang saya,” katanya kepada mStar Online.
Jelas Vida, beliau terdorong untuk bergelar penyanyi kerana menganggap ia sebagai platform baharu untuk memperkenalkan jenama produknya ke peringkat global.
Katanya, beliau menjadikan penyanyi Korea Selatan PSY, Pikotaro yang terkenal dengan PPAP dan Rihanna sebagai inspirasi dalam menghasilkan lagu tersebut.
“Kita lihat kenapa PSY diterima satu dunia. Jadi untuk pergi ke pasaran global saya perlu perkenal diri saya. Saya harap saya dapat diterima seperti dia,” katanya.
Ditanya mengenai perasaan memasuki studio rakaman malam Selasa, Vida berkata beliau teruja dan tidak sabar untuk mendengar hasil lagu sentuhan komposer terkenal, Edry Abdul Halim.
“Sudah tentu seronok. Kalau ikutkan ini kali kedua saya masuk ke studio. Dulu saya tak berapa yakin tapi sekarang saya lebih berani dengan kebolehan saya,” katanya.
Menurut Vida, beliau memilih lagu berentak fun & cheeky yang sesuai untuk didengari semua lapisan umur bermula dari kanak-kanak kecil sehingga dewasa.
“Lagu ini juga berkonsep satu keluarga. Saya pasti liriknya senang diingat sesiapa sahaja daripada kanak-kanak mahupun orang tua,” katanya.
Beliau berharap single pertamanya itu akan menemui peminat sebelum Ramadan ini.
http://www.suara.tv/2017/05/10/vida-mahu-jadi-penyanyi-setanding-psy-dan-rihanna/
DSV bawa diri ke luar negara
![]()
PETALING JAYA: Masih lagi terkesan dengan status janda selepas bercerai untuk kali ketiga, Datuk Seri Hasmiza Othman telah membawa diri ke luar negara bersama dua anaknya.
Jutawan kosmetik yang lebih mesra disapa Datuk Seri Vida (DSV) memberitahu mStar Online bahawa beliau mahu menenangkan fikiran selain memulihkan semangat selepas gagal dalam perkahwinan yang hanya kekal kira-kira tiga tahun itu.
"Saya berada di luar negara bersama Cik B (Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin) dan Kacak (Muhammad Eric Zacquan) ... mahu tenangkan fikiran," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar Online.
Ditanya mengenai lokasi percutian beliau, Hasmiza bagaimanapun mengambil pendekatan mengunci mulut mengenai perkara itu.
"Biarlah rahsia," katanya.
Ahli perniagaan itu akan berada di luar negara selama 10 hari.
Pada 7 April lalu, Mahkamah Syariah Ipoh mengesahkan Vida dan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin bercerai talak satu.
Ia membawa pengakhiran kepada hubungan perkahwinannya dengan Fairuz, 39, yang terbina sejak bernikah pada Januari 2014.
Sumber rapat dengan Vida memberitahu mStar Online bahawa Vida kini berada di China atas urusan perniagaan dan pada masa sama bercuti bersama keluarganya.
"DSV sekarang ada di China. Dia pergi ke sana untuk urusan perniagaan dan bercuti sekali dengan Kacak dan Cik B. Selepas ini kami mungkin akan bercuti bersama ke Jepun atau Iceland," kata sumber itu.
Menurut sumber, Vida masih bersedih dengan perpisahan itu kerana beliau tidak menjangkakan perkahwinan tersebut hanya mampu bertahan selama tiga tahun.
"DSV sudah beri kasih sayang dan kemewahan tapi tak sangka ianya berakhir begitu," katanya.
Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/04/12/vida-bawa-diri/#OKCy2suJSKbHHRVV.99
Kisah menjanda kali ketiga
![]()
MENGACAH seorang teman, “Jika diberi peluang bertanya satu hal kepada Datuk Seri Vida (DS Vida), apakah soalan yang mahu ditanya?” Teman itu, (hmmmm, lelaki muda ya, dan tahulah saya bahawa ramai sungguh peminat lelaki yang memuja ahli perniagaan tersohor ini). Sepantasnya si teman menjawab soalan saya “Aku akan tanya soalan paling panas, bercerai dan berkahwin banyak kali, dia layak digelar setaraf Elizabeth Taylor Malaysia. Aku nak tahu, apa perasaan dia ya?”
Nah, itu juga soalan yang saya pinjam daripada teman tersebut untuk disuakan kepada DS Vida dalam pertemuan mata bertentang mata kami ini.
Tetapi sebelum itu, saya basa-basi dahulu. Bertanya tentang perniagaan dan cabaran yang diterimanya, ini soalan mengenakan. Sedangkan saya pasti, DS Vida sendiri sangat tahu kenapa dan mengapa kami mencarinya sehingga ke Ipoh, Perak beberapa hari yang lalu. Nakal saya bertanya, kerana pasti semua pembaca kami mahu tahu tentang itu. Dalam masa sebulan, berapakah kos yang diperlukan untuk menampung kehidupan dan perniagaan seorang DS Vida?
“Overhead saya sahaja sekitar RM3 juta setiap bulan. Itu untuk menguruskan syarikat, pekerja dan segala aset-aset. Sebab itu, bercerai ke, jatuh terduduk ke, saya tak boleh lama sangat fikir. Menangis pun sekejap sahaja, lepas tu tak boleh layan sangat perasaan. Jiwa dan emosi perlu bertahan dan pandang ke depan, sebab saya tidak mahu hancurkan apa yang sudah saya ada dan bina dengan gigih selama ini” katanya, lancar.
Sekitar 15 minit berbual, kisah tentang hati yang hancur, jiwa yang tersepit dalam cinta yang tidak menjadi mengambil ruang bicara. Dia kelihatan begitu reda akan kehilangan lelaki bergelar suami buat kali ketiganya.
“Beginilah kehidupan saya. Inilah saya, inilah dunia saya. Jadi isteri orang ke, jadi janda ke, apa yang penting bagi saya adalah perlu terus kuat. Saya kena gagahkan diri demi kerana aset-aset yang telah saya bangunkan selama 16 tahun ini. Hendak menangis buat apa? Air mata saya pun sudah tidak ada lagi untuk menangis,” demikian, dia memulakan cerita 'bab' itu.
Sama seperti ahli perniagaan berjaya lain, baginya meneruskan kegemilangan hari ini tidak semudah menggapai. Apabila berada di puncak, jatuh terduduk ke bawah adalah ruang ketakutan terhebat, sementelah pada ketika tanggungjawab sebesar gunung-ganang tergalas pada pundaknya.
Elizabeth Taylor? katalah......
Bercerai kali ketiga, dan empunya diri sudah mengesahkan, kali ini lukanya bagaimana ya? Apakah masih tajam dan menikam seperti sebelum ini, meskipun telah tiga kali dilalui? Dia seketika diam. Berfikir barangkali, untuk menjawab dengan sehabis baik, sebelum membetulkan duduk kerusi di meja kerjanya.
“Bercerai berkali-kali, itu takdir saya, orang lain tidak rasa apa yang saya rasa. Saya tak salahkan orang kalau mereka tidak faham, hanya saya yang tahu apa rasa yang ada di dalam dada,” tuturnya dalam bahasa yang seketika sedikit layu, membumi.
Menurut DS Vida, perkahwinan pertamanya menyebabkan dia lama hidup sendiri, sekitar lapan tahun. Hanya pada awal 2014 baru hatinya kembali terbuka untuk menerima cinta lelaki, pun hanya bertahan beberapa bulan.
“Sudah tentulah saya malu kerana hajat untuk berkahwin itu datang selepas terlalu lama hidup seorang diri. Tetapi akhirnya ia tidak seperti yang saya impikan, lalu kami berpisah sajalah. Sekejap sahaja berkahwin, saya tidak malu untuk mengakhiri pernikahan itu. Saya tidak mahu menyeksakan diri sendiri hanya kerana mahu menjaga rasa ‘malu’ itu,” katanya.
Perkahwinan ketiga pula berlangsung hujung 2014, tetapi takdir cintanya tidak juga kekal berpanjangan. Kelmarin, Mahkamah Syariah Ipoh mengesahkan perceraian DS Vida dengan Fairuz Ahmad Zainuddin.
“Dalam perkahwinan ketiga tu, saya pernah merasakan seolah-olah dia tercipta untuk saya. Saya sangat sayangkan dia sehingga saya anggap dia memang dijadikan untuk saya. Wahhhhhh! Tetapi siapa tahu, kami bercerai juga.
"Tidak pernah ada mana-mana perempuan yang ingin tewas dalam pernikahan, apatah lagi ini kali ketiga. Jangan tanya perasaan saya, jiwa saya bagaikan kering dan kontang. Setiap kali bercerai, saya akan merasakan sunyi, sepi. Saya jadi takut hendak bertemu dengan 'malam hari' kerana ketika itu kita akan duduk seorang diri. Saya takut untuk hidup seorang sebenarnya, tetapi Allah sudah kata ini takdir saya, kena kembali ke alam sunyi itu semula ,” katanya dalam sebak yang ditahan-tahan.
Kisah perceraian ketiga ini tidak mahu dia luncurkan lebih jauh. Apa yang penting buat dirinya ialah, bergerak ke hadapan, jaga peribadi.
“Move on Vida, move on! Emosi, spiritual perlu distabilkan semula. Saya bernasib baik kerana dalam apa juga keadaan, Allah ada bersama-sama dengan saya, Dia membantu saya. Jika saya jenis yang lupakan Dia, saya sendiri tidak tahu apa akan jadi.
“Nekad? Kena nekad, kuat dan pasrah, tetapi bukan menyerah. Saya memang seorang yang suka berjuang tetapi saya perlu berjuang untuk benda yang bermanfaat. Dalaman kena kuat. Be a strong person,” tutur pemilik nama sebenar Hasmizah Othman ini.
Disamakan dengan Elizabeth Taylor, berkahwin dengan lelaki muda, stigma DS Vida dan bagaimana menerima tujahan ini?
"Oh, dia lagi banyak. Apapun, tak kisahlah kata apapun. Saya telan dan hadap sajalah sebab tak kena kepada mereka. Buat apa orang hanya nampak kita bahagia dengan suami, sedangkan ia hanya berselindung, nak jaga hati orang lain? Daripada terus bersama, baiklah lepaskan sahaja."
Mengakui bahawa tiga perkahwinan yang gagal itu punya cerita yang tersendiri, pun dia tahu, selagi diri sendiri berada atas landasan ‘suci’, jalan yang terang dan baik-baik sahaja akan menanti di depan mata. Suci pada maksudnya di sini ialah tidak curang, tidak berbuat jahat dan tidak menduakan lelaki yang dikahwininya sepanjang dalam tempoh pernikahan.
“Apabila kita tahu kita seorang yang suci, tidak curang, hanya buat perkara yang betul sahaja, kita tidak akan mudah tewas dengan rasa bersalah. Ya, saya anggap diri saya sebagai seorang isteri yang sangat setia dan mithali, apa lagi yang dia hendak? Cuma mungkin kita tidak boleh memasak setiap hari, itu sahaja silap saya, tetapi akhirnya bercerai juga, siapa sangka?” katanya.
Duit mampu beli cinta
Sengaja mengajak dia berbicara tentang erti cinta. Dengarnya macam tidak sesuai, dihadap soalan itu pada ketika dia masih dalam tempoh bertenang sebegini. Apakah seorang DS Vida itu bersetuju dengan pepatah bahawa duit tidak boleh membeli bahagia, tidak boleh membeli cinta? Dia adalah monumen tegak berdiri, contoh wanita kaya-raya, duit berkepok, tetapi sering kali bernasib malang dalam episod cinta dan perkahwinan.
Dalam ketawa kecil dia menjawab mudah. Begini.
“Pada saya boleh juga hendak beli. Tetapi bahagia yang subjektif. Bahagia rumah tangga, ada orang boleh beli, tabur duit jadi bahagia. Tetapi sekarang ni, kita tabur pun tak bahagia juga, macam mana tu? Cuma ia mengajar saya, lain kali carilah pasangan yang sekufu dengan kita, itu pengajaran buat saya."
Pancaindera tanya, DS Vida jawab:
Punca sebenar bercerai, boleh kongsi?
Saya percaya ada sebab Tuhan tak izinkan rumah tangga kami diteruskan. Jangan tanya sebab musababnya, macam-macam. Dalam dua tahun lebih itu, bukan kerana satu sebab, mungkin 20 sebab, kita tak tahu. Saya tak ralat, ini ujian Allah belaka ni.
Dua suami terkemudian tak mampu pergi lama, apakah faktor umur jauh berbeza?
Umur tidak jadi masalah sebab saya tidak pernah rasa tua. Saya memang cari orang muda sebab saya tak rasa diri ini sudah tua. Saya muda sokmo (selalu).
Cara melepaskan tekanan dalam keadaan seperti ini?
Oho, sudah tentulah dengan membeli-belah. Lagi banyak beli, lagi sejuk hati tu. Tetapi yang lebih penting lagi, malam-malam saya akan bermunajat. Saya jenis tidur lewat. Tidur sekejap, bangun balik untuk bermunajat kepada Allah. Saya adu segala-galanya kepada Dia, kemudian saya akan tidur semula selepas subuh. Sehari saya cuma tidur lima jam sahaja. Tetapi peliknya, kalau orang lain tak tidur kurus, tetapi saya tetap macam ni....Hahaha!”
Gagal buat kali ketika, serik untuk berkahwin lagi?
Tak ada istilah serik. Hidup kena ada pasangan, tetapi perlulah berhati-hati. Jalan hidup kita, bukan kita yang pilih, sudah ditentukan. Kita hanya boleh berdoa yang baik-baik sahaja. Pengajaran untuk saya, carilah jodoh biarlah sama cara berfikir. Itu penting untuk kita saling memahami dalam rumah tangga.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/hiburan/kisah-8216-j-8217-kali-ketiga-1.467325#ixzz4dnWczQNG
DSV enggan disamakan dengan Elizabeth Taylor yang sering gagal dalam perkahwinan
PETALING JAYA: Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menyangkal dakwaan sinis segelintir pihak kononnya beliau seperti Elizabeth Taylor yang sering gagal dalam perkahwinan.
Taylor merupakan bintang Hollywood yang menjadi perhatian umum apabila berkahwin lapan kali termasuk dua perkahwinan dengan individu yang sama.
Sebaliknya, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) berkata beliau sudah berusaha untuk mempertahankan perkahwinan ketiganya bersama Fairuz Ahmad Zainuddin tetapi gagal dipulihkan.
"Saya tak sangka kisah rumah tangga saya jadi isu besar dan orang nak tahu mengapa, kahwin cerai, kahwin cerai? Orang kata Elizabeth Taylor ke saya ni, kahwin cerai, kahwin cerai.
"Mereka tak berada di tempat saya. Mungkin kalau ingat cerai ini semuanya salah isteri atau salah saya. Orang boleh cakap apa yang tak betul dengan diri saya tapi hanya Allah yang tahu saya sudah lakukan yang terbaik," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.
Sebelum itu, perkahwinan selama tiga tahun Vida dengan Fairuz berakhir pada pagi Jumaat apabila mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Ipoh.
Ditanya mengenai perasaannya selepas perkahwinan kali ketiganya turut berakhir dengan penceraian, usahawan selebriti itu berkata beliau akur dengan ketentuan Allah dan percaya ada hikmah di sebalik setiap ujian tersebut.
"Perasaan sedih, pilu... syahdu bercampur-baur belaka. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, Allah permudahkan segala urusan.
"Kita pun tak sangka panas hingga ke petang, ingatkan sehidup semati akan bersama dengan orang yang kita sayang tapi ia berakhir begini," katanya.
Ketika ditanya sama ada beliau masih mahu memperbaiki hubungan dengan bekas suaminya, Vida berkata beliau mahu menenangkan dirinya dan menyerahkan perkara itu kepada Allah.
"Kadang-kadang lepas satu-satu (masalah), kita baru nak gembira tapi Allah takdirkan jadi perpisahan begini. Saya rasa buat masa ini kita bertenang dulu dan tengoklah macam mana nanti," katanya.
Sementara itu, Fairuz yang dihubungi mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp berkata beliau tidak menolak akan cuba memperbaiki hubungan dengan Vida.
"Ya sudah tentu. Kami masih boleh berbual-bual seperti biasa... kami tidak bergaduh," katanya.
Malah, Fairuz turut mengakui sedih kerana perkahwinan mereka gagal bertahan lama.
"Sedih dan pilu, Tuhan yang menentukan perjalanan dan jodoh kami terhenti di sini. Saya akan sentiasa ada jika dia masih memerlukan saya," katanya.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/04/07/vida-sangkal-elizabeth-taylor/
Datuk Seri Vida kini berstatus janda
![]()
DATUK Seri Vida hari ini sah bercerai talak satu dengan suami, Fairuz Ahmad Zainuddin.
KUALA LUMPUR: Usahawan selebriti, Datuk Seri Vida hari ini sah bercerai talak satu dengan suami, Fairuz Ahmad Zainuddin.
Beliau memberitahu BH Online perceraian itu dibuat secara baik selepas tiada kesepakatan untuk berbaik semula antara mereka.
"Saya yakin ini adalah jalan yang terbaik bagi kami. Saya juga percaya, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.
"Perasaan saya bercampur baur dan sukar untuk saya gambarkan, tetapi saya bersyukur semua sudah berakhir," katanya.
Beliau berharap semua spekulasi mengenai perceraiannya akan berakhir dan mahu terus ke depan.
Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 46, berkata mereka bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, kira-kira jam 10 pagi ini.
Khabar mengenai perkahwinan beliau dengan Fairuz, 39, kononnya sudah berakhir bertebaran sejak lebih dua minggu lalu.
Pengasas produk kecantikan Vida Beauty itu berkata, beliau ditemani seorang teman rapat dan pegawai peribadinya dalam prosiding perceraian itu.
Vida mengenakan pakaian serba hitam dan mengaku tidak memaklumkan kes perceraian itu kepada media kerana bimbang diserbu di mahkamah.
Vida berkahwin dengan Fairuz, yang juga perkahwinan ketiga wanita itu, pada Januari 2014.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/268932
'Ya, kami dah bercerai'
![]()
PETALING JAYA: Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin.
"Ya. Hubungan kami ibarat sudah dihujung tanduk, terlalu rapuh," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.
Ditanya adakah dia terkesan dengan perpisahan tersebut, Vida berkata, perasaan kecewa masih menghantui dirinya kerana sebagai seorang wanita beliau sudah tentu mahukan hubungan tersebut kekal abadi.
"Sudah tentu terkesan juga. Kalau boleh kita nak hubungan itu kekal abadi, tapi kita hanya merancang, Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya," katanya.
Mengenai punca perpisahan mereka, Vida memberitahu beliau belum bersedia berkongsi perkara itu kerana tidak mahu menimbulkan sebarang fitnah.
"Setakat ini, saya tak nak komen lebih-lebih nanti takut tersalah komen pula," katanya.
Pada masa sama, usahawan selebriti itu mengakui beliau tidak akan cuba menyelamatkan perkahwinan tersebut.
"Tidak... sakit ini biar saya yang tanggung," katanya.
Tinjauan di laman Instagram Vida mendapati kali terakhir ahli perniagaan kelahiran Machang, Kelantan itu memuat naik gambar bersama suaminya ialah kira-kira 16 minggu lalu.
Bagaimanapun, sumber rapat dengan Vida memberitahu, pasangan itu dalam proses penceraian secara rasmi.
"Kalau ikut agama tu memang dah bercerai lah," katanya.
Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/04/02/datuk-vida-sah-cerai/#kATJbYsrL6gYMPuX.99
PENGUSAHA produk kecantikan dan kesihatan, Datuk Seri Vida. - Foto Syarrizuan Abdul Rashid
KOTA BHARU: Usahawan selebriti, Datuk Seri Vida, memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai berita dirinya dan suami, Fairuz Ahmad Zainuddin, sudah berpisah.
Wanita terkenal itu berkata, beliau memilih untuk tidak membuat sebarang komen buat waktu ini atas beberapa alasan peribadi.
"Saya belum mahu membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu. Sampai masa nanti, saya akan maklumkan kepada semua.
"Syukur kerana saya bahagia bersama anak-anak dan sayang-sayang (peminat) saya yang sentiasa berada di sisi," katanya kepada BH Online ketika ditemui pada festival jualan Mood Republik, di sini.
Vida atau nama sebenarnya Hasmizah Othman, 46, turut hadir pada acara berkenaan bersama anak-anaknya, tanpa kehadiran suami yang sebelum ini sentiasa di sisi.
Khabar mengenai keruntuhan rumah tangga pengusaha produk kecantikan ini mula bertebaran sejak dua minggu lalu.
Vida berkata, beliau enggan terlalu memikir perkara itu dan kini sibuk memberikan tumpuan kepada perniagaan, termasuk perancangan memiliki saluran televisyen sendiri tidak lama lagi.
"Saya juga mahu menghasilkan lagu nyanyian saya untuk peminat tersayang.
"Selain itu, saya akan membuka sebuah kedai aksesori berlian di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota, bersebelahan butik jenama mewah," katanya.
Vida bernikah dengan Fairuz pada Januari 2014, yang juga perkahwinan ketiga wanita terbabit.
http://www.bharian.com.my/node/267194
Last edited: