BTC USD 63,070.2 Gold USD 4,302.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datuk Seri Nicky belum ditangkap

33 tahun Datuk Seri, apa sumbangan pada negara ntah la
 
#JohorBahru Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Md Azar Izwan Mohd Arifin @ Datuk A Janus, 42, dicari berhubung kes sama berkaitan Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, 33.

Kes Datuk Seri Nicky: Polis cari bekas DPP

etua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan gambar bekas Pendakwa Raya yang juga orang penting sindiket Pengubahan Wang Haram dan jenayah Komersial berkaitan Datuk Seri Nicky Liow. FOTO OMAR AHMAD

etua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan gambar bekas Pendakwa Raya yang juga orang penting sindiket Pengubahan Wang Haram dan jenayah Komersial berkaitan Datuk Seri Nicky Liow.

Johor Bahru : Polis Johor sedang mengesan bekas Timbalan Pendakwa Raya kerana disyaki terbabit dalam sindiket berkaitan pengubahan wang haram serta jenayah komersial.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Md Azar Izwan Mohd Arifin @ Datuk A Janus, 42, dicari berhubung kes sama berkaitan Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, 33.

Katanya alamat terakhir Md Azar Izwan di apartment di Puchong, Selangor.
"Datuk Seri Nicky masih lagi bebas. Ada seorang lagi suspek yang dicari Md Azar Izwan. Suspek yang juga bekas Timbalan Pendakwa Raya beralamat terakhir di Puchong, Selangor.

"Saya minta mana-mana individu atau keluarga yang tahu kedudukannya boleh berhubung dengan pegawai polis, ASP V Prakash ditalian 012-5209767.

"Suspek ini adalah salah seorang yang memainkan peranan penting dalam sindiket yang melibatkan Datuk Seri Nicky Liow. Suspek dicari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang," katanya pada sidang media selepas Sambutan Hari Polis ke 214 di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor di sini, hari ini.
Menurut Ayob Khan, berhubung kes ini, 92 individu ditahan dalam beberapa siri serbuan di Puchong.

Katanya daripada jumlah itu, 40 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
"Manakala bakinya dibebaskan selepas disiasat dan tidak terlibat secara langsung dalam kes terbabit.

"Saya tidak boleh berkongsi perincian lanjut mengenai operasi di Puchong, kerana masih ada suspek yang akan ditangkap. Ini kes besar melibatkan Pengubahan Wang Haram dan jenayah Komersial," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Mac 2021 @ 11:32 AM

Suspek dikenali sebagai Md Azar Izwan Mohd Arifin @ Datuk A Janus, 42, dengan alamat terakhir di sebuah apartmen di Puchong, Selangor.
#AWANInews #AWANI745

Bekas Timbalan Pendakwa Raya diburu, disyaki terlibat sindiket pengubahan wang haram

Mac 25, 2021 11:59 MYT
Bekas Timbalan Pendakwa Raya diburu, disyaki terlibat sindiket pengubahan wang haram

AYOB KHAN: Suspek merupakan salah seorang yang memainkan peranan penting dalam sindiket yang melibatkan Datuk Seri Nicky. -BERNAMA

JOHOR BAHRU: Polis Johor sedang memburu seorang bekas Timbalan Pendakwa Raya yang disyaki terbabit dalam sindiket berkaitan pengubahan wang haram serta jenayah komersial berkaitan Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata suspek dikenali sebagai Md Azar Izwan Mohd Arifin @ Datuk A Janus, 42, dengan alamat terakhir di sebuah apartmen di Puchong, Selangor.

"Suspek ini merupakan seorang bekas Timbalan Pendakwa Raya dan sudah tamat perkhidmatan.

"Saya minta mana-mana individu atau keluarga yang tahu kedudukannya boleh berhubung dengan pegawai Inspektor Prakash.

“Suspek merupakan salah seorang yang memainkan peranan penting dalam sindiket yang melibatkan Datuk Seri Nicky," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sambutan Hari Polis ke- 214 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Jelas Ayob Khan, suspek dicari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 130 V hingga 130 ZB, Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang.
Katanya, setakat ini, 92 individu telah ditahan dalam beberapa siri serbuan di Puchong berhubung kes terbabit.

Daripada jumlah itu, 40 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA), manakala bakinya dibebaskan selepas disiasat.

#Georgetown Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, pihaknya juga menerima maklumat daripada Polis Johor bagi membantu mengesan suspek.
https://www.hmetro.com.my/.../tiada-kelibat-datuk-seri-di...

Tiada kelibat 'Datuk Seri' di Pulau Pinang

LAPORAN portal MyMetro

LAPORAN portal MyMetro

Georgetown: Setakat ini, ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' yang menjadi buruan Polis Johor belum lagi dikesan keberadaannya di Pulau Pinang.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, pihaknya juga menerima maklumat daripada Polis Johor bagi membantu mengesan suspek.

"Kita memang ada terima maklumat daripada Polis Johor berhubung pemburuan suspek itu.
"Maklumat mengenainya sudah diuar-uarkan kepada kepada polis Pulau Pinang termasuk anggota yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR)," katanya kepada media, hari ini.
Sahabudin ditemui selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini.

Menerusi portal Harian Metro semalam, Ketua Polis, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menafikan berita tular mendakwa Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee yang sedang dijejaki pihak berkuasa itu sudah ditahan.
Terdahulu, media melaporkan polis sedang mengesan ahli perniagaan berusia 33 tahun itu kerana disyaki terbabit dalam sindiket berkaitan pengubahan wang haram serta jenayah komersial.

Dia dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang.
Sindiket berkenaan dipercayai mempunyai rangkaian besar terbabit banyak penipuan dan suspek adalah seorang yang berpengaruh serta mempunyai banyak hubungan dengan ramai orang kenamaan termasuk pegawai daripada agensi penguat kuasa.

Dua kertas siasatan berkaitan individu itu sudah dibuka mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Mac 2021 @ 12:25 PM

Jadi beruang jgk ka yg nie datuk
 
kenal ke.. ade yg boleh tumbangkan dia tak masa sekolah...

satu sekolah dulu. taiko maa mane ade org berani kasi tumbang. mmg bergerak dalam geng dari sekolah. org2 kanan dia skrg pn geng lama dia.
 
Back
Top
Log in Register