akudotcom
CG Hardcore Club


- Messages
- 61,479
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 61,479
- Reaction score
- 7,005
- Points
- 881
M kene bela dgn C la ni
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
















Datok seri nicki abdullah plak bila nak tangkap nye?![]()








Mcm xlogik plk pendakwa raya yg bocorkan maklumat operasi.....klau dh smp level di dakwa mungkin logik jgk....![]()
Maklumat operasi bocor, Nicky sempat larikan 'lapan beg berisi tunai'
Diterbitkan 30 Mar 2021, 10:00 pm
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan berlaku kebocoran maklumat semasa Ops Pelican 3.0 bagi memburu ketua sindikiet pengubahan wang haram terbesar di negara ini, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dan ahli kumpulan itu.
Beliau berkata mereka yang membocorkan maklumat berkenaan adalah daripada kalangan pegawai dan anggota polis sendiri.
“Hasil soal-siasat yang dibuat, berlaku kebocoran maklumat dan akibat kebocoran itu Nicky Liow berjaya memindahkan sejumlah besar wang yang dibawa keluar dari premis.
"Hal itu, dilihat apabila saksi terlibat dan saksi berkenaan yakin itu adalah wang tunai sebagaimana yang dipaparkan di media sosialnya dengan wang yang ditaburkan di atas lantai,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di Kuala Lumpur hari ini.
Selain itu, Abdul Hamid berkata siasatan juga mendapati seorang bekas timbalan pendakwa raya bergelar Datuk dipercayai menjadi antara individu yang membocorkan maklumat berhubung operasi itu.
“Bekas timbalan pendakwa raya terbabit menjadi perantara yang menghubungkan dia dengan pegawai-pegawai polis dan penguatkuasa lain berdasarkan kedudukan jawatannya itu yang pernah menjadi pegawai. Dialah (bekas timbalan pendakwa raya) yang menggerak dan memudahkan pergerakan Nicky Liow sehingga terlepas,” katanya.
Abdul Hamid berkata Nicky Liow yang kini dalam buruan polis, mempunyai 12 rekod jenayah antaranya dadah dan jenayah kekerasan termasuk kes memukul anggota Rela pada 27 Okt 2017.
Polis ingin menyeru sekali lagi kepada orang awam jika mempunyai maklumat berkaitan suspek utama itu agar menghubungi Pegawai Penyiasat ASP V Prakash di talian 012 5209767 atau mana-mana balai polis berhampiran, katanya.
Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata seramai 34 pegawai dan anggota agensi penguatkuasa disyaki mempunyai hubungan dengan sindiket jenayah terancang itu, dengan majoritinya adalah pegawai dan anggota polis.
Sementara itu Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata Nicky Liow melarikan diri seminggu awal sebelum polis menyerbu kondominiumnya di Setia Walk, di Kuala Lumpur.
“Nicky Liow (dikatakan) sempat melarikan lapan beg dipercayai (membawa wang tunai) jutaan ringgit berikutan maklumat yang dibocorkan oleh pegawai polis manakala hasil siasatan dalam akaun bank peribadinya sahaja mempunyai RM40 juta,” katanya.
- Bernama
![]()
Maklumat operasi bocor, Nicky sempat larikan 'lapan beg berisi tunai'
Selain anggota polis, seorang bekas timbalan pendakwa raya bergelar Datuk dipercayai antara individu yang membocorkan maklumat, maklum ketua polis negara.www.malaysiakini.com






Mcm xlogik plk pendakwa raya yg bocorkan maklumat operasi.....klau dh smp level di dakwa mungkin logik jgk....


Mungkin cmm kenal personal ngn bekas tpp tu kan....dia mcm nie klau bekas tpp tu xdpt maklumat dalaman dia pun xkn tau bila operasi tangkapan tu akan di buat.....itu jatn lau_kau, with due respect, dengan segala hormatnya, saya percaya berkenaan bekas DPP tu supply info. connection dia masih kuat walau dia jadi bekas sekalipun
![]()
Kes Datuk Seri Nicky: Polis cari bekas DPP | Harian Metro
Johor Bahru : Polis Johor sedang mengesan bekas Timbalan Pendakwa Raya kerana disyaki terbabit dalam sindiket berkaitan pengubahan wang haram serta jenayah komersial.www.hmetro.com.my
