BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datuk K sudah boleh memandu

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
image.jpg




SETELAH lebih empat bulan suami kepada penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali dengan nama Datuk K terlibat dalam kemalangan jalan raya, akhirnya beliau pulih sepenuhnya.

Melalui kemas kini di laman sosial Keek, Siti Nurhaliza memuat naik video ‘Akhirnya Naik Kereta Berdua’ yang menunjukkan Datuk K sedang memandu kereta.

“DK (Datuk K) bawa (memandu) kereta okey. Akhirnya, setelah empat bulan lebih, DK bawa kereta. Alhamdulillah,” kata Siti.

Datuk K terlibat dalam kemalangan ketika bersiar-siar dengan motosikal berkuasa tinggi di New Zealand pada 13 Disember lalu.

Beliau dilaporkan mengalami patah bahu, cedera pada tangan dan kaki.

Siti menghentikan segala aktiviti seninya sejak kemalangan itu demi memberi tumpuan sepenuhnya kepada suaminya.

Setelah empat bulan menjaga suaminya, akhirnya Siti kembali aktif termasuk melancarkan single terbarunya, Galau bersama video muzik lagu tersebut.

Beliau juga sibuk menguruskan perniagaan produk SimplySiti miliknya yang kini bakal memasuki pasaran Timur Tengah.
 
sekali aku baca

datuk k sudah boleh bermadu.. :)) :)) :))
 
ooh hidup lagi ke..?ingatkan dah lumpuh lepas eksiden.. tahniah dato' k sebab dah boleh drive..semangat kental..
 
alhamdulillah..
da sihat..
 
Rasa nya bukan setakat boleh memandu ni.. pandu/menunggang lain pun dah boleh ..syok la siti pemandu dah sehat..hehehe!
 
Back
Top
Log in Register