BTC USD 83,395.3 Gold USD 4,176.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datuk Angkasawan

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
pix4


KURNIA: Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,
Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman berkenan
mengurniakan Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan
(DSNS) kepada angkasawan negara, Dr Sheikh
Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang membawa
gelaran Datuk pada majlis Istiadat Pengurniaan
Darjah Kebesaran sempena Hari Keputeraan Ke-86
baginda di Balai Rong Seri, Istana Besar, Seri
Menanti di sini, hari ini.
 
wah...muda2 dah dpt datuk.......

good..
 
Dr Sheikh Muszaphar janji akan terus beri motivasi kepada generasi muda

KUALA PILAH: "Tiada apa yang lebih menggembirakan saya apabila ramai generasi muda, malah kanak-kanak yang baru berusia lima tahun sudah menanam azam mahu menjadi angkasawan negara," kata Angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha.

Beliau berkata, sejak pulang ke tanah air selepas 12 hari berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) Oktober tahun lalu, beliau sudah melawat lebih 200 sekolah dan universiti di seluruh negara bagi memberi ceramah dan berkongsi pengalamannya.

Hasil program itu, ramai di kalangan remaja dan kanak-kanak kini lebih terdedah kepada bidang angkasa dan mula berminat untuk menjadi angkasawan, katanya kepada pemberita selepas menerima Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang membawa gelaran Datuk di sini hari ini.

Dr Sheikh Muszaphar, 36, menerima Darjah kebesaran itu daripada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman sempena Hari Keputeraan baginda Ke-86 di Istana Besar Seri Menanti, di sini.

Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 36, yang ditemani teman wanitanya, Dr Halina Mohd Yunus, berkata gelaran Datuk tidak akan mengubah dirinya, sebaliknya menguatkan tekad beliau untuk terus memberi inspirasi kepada generasi muda meminati bidang sains dan teknologi.

Sementara itu, bekas jaguh beregu badminton negara tahun 60-an dan 70-an, Ng Boon Bee, yang menerima Darjah Dato' Paduka Tuanku Ja'afar (DPTJ) yang membawa gelaran Datuk berkata anugerah Darjah kebesaran itu akan menjadi kenangan abadinya.

"Saya harap penganugerahan ini akan menjadi dorongan kepada semua ahli sukan untuk terus maju mencipta kejayaan di peringkat dunia," katanya. - Bernama
 
tahniah datuk angkasawan!
 
program angkawan dah dibatalkan...

tinggal program angka sawan jer..
 
Back
Top
Log in Register