BTC USD 81,835.4 Gold USD 4,088.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datang KL nak curi kabel elektrik

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Terdesak untuk mendapatkan wang menyebabkan segelintir penagih dadah sanggup berhijrah sejauh lebih 500 kilometer dari kawasan pedalaman semata-mata untuk berkecimpung sebagai pencuri besi atau tembaga di ibu kota.

Golongan ini yang melakukan kerja sambilan terbabit didapati cuba berjinak-jinak melakukan jenayah mencuri besi penutup longkang, kabel elektrik termasuk peralatan dari tapak projek pembinaan untuk menyara hidup selain membeli dadah.

Dalam kes terbaru, dua lelaki yang mengaku berasal dari Kelantan, diberkas selepas didapati cuba melarikan kabel elektrik yang sengaja dipotong terlebih dulu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.35 tengah malam itu, suspek yang berusia 32 dan 35 tahun, didakwa cuba mencuri kabel elektrik yang diletakkan di kawasan berhampiran Jalan Kinabalu, di sini.

Difahamkan, suspek bersama seorang rakan lain cuba melarikan kabel elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkenaan berikutan menyedari ia mempunyai dawai tembaga di dalamnya yang boleh dijual pada harga tinggi.

Perbuatan tiga suspek berkenaan cuba mencuri kabel elektrik itu disedari lima pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang bertugas memeriksa lampu jalan di kawasan berkenaan.

Berikutan itu, kelima-lima pekerja DBKL berkenaan menyergah suspek sebelum mereka cuba melarikan diri.

Dalam usaha menumpaskan suspek, pekerja DBKL terbabit terpaksa bergelut berikutan suspek meronta dan melawan untuk melepaskan diri.

Berikutan itu, beberapa orang awam yang turut menyaksikan kejadian itu datang membantu sebelum bertindak memukul suspek sebelum berjaya menahan dua suspek lelaki manakala seorang lagi sempat melarikan diri.

Orang ramai turut menemui beg yang digunakan untuk mengisikan kabel wayar elektrik berkenaan daripada kedua-dua suspek terbabit.

Kedua-dua suspek kemudian dibawa pekerja DBKL berkenaan bersama kabel yang dicuri berkenaan ke balai polis sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.
 
sanggup berbuat apa saja utk mendapat kan dadah tu...yg kaya ada lah penjual nya
 
jauh mereka dtg utk mencari rezeki...:p
 
Back
Top
Log in Register