BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dasar BDR Penjawat Awam Jimatkan Subsidi Petrol RM7.3 Juta - KSN

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Dasar BDR Penjawat Awam Jimatkan Subsidi Petrol RM7.3 Juta - KSN​

453cf7bb6655fb62d8513e7b48147a3b6a56242a74ad2

ff722f0ca179165d915faa100b486cbc6a56243d9a28f

c673d51e2b09e49c724199e13bb42a5a6a56244a5a49c

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Sijil Unggul Spine dan Apresiasi IIM 2025 di Institut Integriti Malaysia hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pelaksanaan inisiatif Bekerja Dari Rumah (BDR) melibatkan penjawat awam sejak pertengahan April lepas berjaya menjimatkan peruntukan subsidi petrol kerajaan sebanyak RM7,309,084 setakat hari ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata langkah penjimatan melalui inisiatif BDR itu turut merekodkan pengurangan penggunaan bahan api sebanyak 4,046,448 liter dalam tempoh tiga bulan pelaksanaannya di seluruh negara.

Shamsul Azri berkata seramai 659,000 penjawat awam secara kumulatif telah memanfaatkan inisiatif BDR itu, yang pada asalnya diperkenal sebagai respons terhadap krisis bekalan tenaga global.

Beliau berkata susulan keberkesanan inisiatif itu, kerajaan bersetuju memperkemas dasar berkenaan menerusi pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH) bermula 1 Ogos ini dengan mengekalkan matlamat penjimatan subsidi dan kelestarian produktiviti.

"Menerusi HBH, formula fleksibiliti yang jelas ditetapkan iaitu penjawat awam diwajibkan bertugas di pejabat selama tiga hari dan bekerja secara hibrid dari rumah atau lokasi alternatif selama dua hari dalam seminggu," katanya.

Shamsul Azri berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Pensijilan UNGGUL Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) dan Apresiasi Institut Integriti Malaysia (IIM) di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kelonggaran HBH tidak terpakai pada hari bekerja yang bersambung dengan cuti hujung minggu bagi mengelakkan penjawat awam mengambil kesempatan bercuti panjang.

"Sebagai contoh, jika penjawat awam bercuti pada Sabtu dan Ahad, mereka tidak dibenarkan memilih hari Isnin dan Jumaat sebagai hari bekerja hibrid," katanya.

Dalam perkembangan lain, Shamsul Azri yang juga Pengerusi IIM berkata 37 organisasi sektor awam merangkumi pelbagai kementerian dan agensi kerajaan telah menerima Pensijilan UNGGUL SPINE setakat ini.

 
Back
Top
Log in Register