BTC USD 61,879.1 Gold USD 4,406.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Darurat di Thailand

ronaldinhood

Super Active Member
Messages
9,352
Paid Membership
Joined
Apr 3, 2006
Messages
9,352
Reaction score
73
Points
70
hpfeatured_thai0209.jpg


Thailand isytihar darurat untuk reda ketegangan

BANGKOK: Thailand hari ini mengisytiharkan darurat dengan mengharamkan sebarang bentuk perhimpunan yang melebihi lima orang dalam usaha meredakan gerakan penunjuk perasaan anti-kerajaan.

Pengumuman itu dibuat sejam selepas tercetusnya insiden pergaduhan di jalanan membabitkan ribuan penyokong Perdana Menteri, Samak Sundaravejdan dan kumpulan anti-kerajaan yang mahu beliau menyerahkan jawatan.

Seorang dilaporkan terbunuh dan puluhan lain cedera dalam pergaduhan berdekatan kompleks kerajaan yang dikuasai aktivis pembangkang yang menuntut Samak meletakkan jawatan.

Mereka mendakwa Samak adalah boneka Thaksin Shinawatra, bekas Perdana Menteri yang digugurkan.

“Disebabkan malam semalam tercetusnya keadaan tegang yang memberi kesan terhadap keamanan dan undang-undang demokrasi, kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh negara," menurut kenyataan yang disiarkan di radio.

Samak melantik komander tentera paling berkusa, Jeneral Anupong Paojinda untuk mengetuai pasukan khas melaksanakan petintah darurat itu bersama Ketua Polis dan Komander Tentera Bangkok sebagai timbalannya.

Besonya parang!
 
Last edited:
bakal bertukar lg la kerajaan thai lepas ni
 
Nasib baik tak jadi macam ni di Perak 31 August yang lalu:D
 
kalau dah kjaan buat ikut suka hati dia mcm ni la jadinya...kat msia pun tak mustahil kalau kjaan buat sesuka hati ...
 
Back
Top
Log in Register