BTC USD 84,228.5 Gold USD 4,145.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Darurat di Pantai Timur

Kerajaan negeri masih lg blh berfungsi. Mngkin ada perbincangan antara kerajaan pusat n kerajaan negeri. Lagipun seagama dan masih lagi menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan politik.
 
Ini semua salah pak najib pasal bagi alasan insuran... skrg ni semua orang bila sebut darurat, pala otak timbul insuran... Darurat, insuran... insuran, darurat... darurat, insuran...

Walhal ada isu lebih besar kalau istihar darurat ni berbanding isu xleh claim insuran...
 
mcm2 la pak najib ni.. skrg ni nak percepatkan brim, dgn brim boleh selesaikan masalah kot.. dah la hujung tahun, brim untk beli pakaian budak sekolah pun tak lepas.. kalau bagi skali gus, mungkin dapat membantu.
 
mcm2 la pak najib ni.. skrg ni nak percepatkan brim, dgn brim boleh selesaikan masalah kot.. dah la hujung tahun, brim untk beli pakaian budak sekolah pun tak lepas.. kalau bagi skali gus, mungkin dapat membantu.

xslap aku , brim, brim jgak, bantuan lain pn dpt jugak.
dlu bntuan bjir je
skang bntuan bnjir + brim, ok la tu :)cgrock
dlu x slap dpt 28hb jan kan? skang kata kasi cepat skit

x slap tdi tgk berita,
-darurat akan istihar klau penduduk x nak kluar dri rumah utk ke tmpt kumpul mangsa banjir :-?
-klau darurat,maka premis, bangunan, rumah persendirian/swasta yg ade/boleh buat tmpt selamat akan dibuat tempat pengumpulan mangsa banjir, maybe maksud nye gov akan ambik je mana2 bangunan trus buat shelter utk mangsa, maybe skang dh ckup kot shelter, xckup baru darurat. aku xtau situasi skang ckup ke idak :)cgrock
*sape2 ade info psl news ni leh conform kan :D
 
INSURANS TIDAK DAPAT CLAIM KALAU DARURAT?

Saya banyak menerima soalan yang berkaitan isu darurat yang dikatakan tidak dapat diisytiharkan supaya mangsa-mangsa banjir dapat membuat tuntutan insurans.

Katanya, jika darurat diisytiharkan maka syarikat insurans berhak menolak tuntutan yg dibuat.

Ini pandangan saya:

+ Betul, memang dalam banyak polisi insurans seperti insurans kenderaan, insurans perniagaan, insurans bangunan, insurans kemalangan meletakkan darurat sebagai salah satu situasi yang dikecualikan untuk dibuat tuntutan.

+ Tapi dalam masa sama, berdasarkan pengalaman saya sebenarnya majoriti pelanggan sangat jarang mengambil coverage tambahan bencana banjir yang membolehkan mereka membuat tuntutan jika kerosakan akibat banjir. Jadi, sama ada isytihar darurat atau pun tidak, majoriti besar pengguna memang tidak dapat membuat tuntutan kerana tidak mengambil insurans yang cover banjir.

+ Banjir sudah masuk hari ke-5 dan sekiranya darurat diisytiharkan hari ini 27/12/2014, mangsa-mangsa banjir masih boleh membuat tuntutan sebab kerosakan berlaku SEBELUM darurat diisytiharkan. Jadi, syarikat insurans / takaful dan ejen serta staff boleh memberi pengetahuan (educate) kpd pelanggan supaya meletakkan tarikh berlaku kerosakan SEBELUM tarikh darurat diisytiharkan.

+ Situasi sekarang sangat genting memandangkan majoriti yang terlibat dari kalangan orang-orang kampung, orang-orang miskin, rakyat marhaen yang melibatkan nyawa. Jadi menjadikan alasan insurans sebagai penghalang darurat diisytiharkan bukanlah tindakan terbaik kerana nyawa majoriti rakyat lebih penting berbanding kerosakan bangunan / kenderaan utk claim insurans.

+ Statistik menunjukkan kadar penembusan insurans takaful hanya sekitar 15% sahaja di kalangan rakyat bumiputera. Dan majoriti penduduk Kelantan adalah Melayu Bumiputera. Maka alasan "insurans tak boleh claim kalau darurat" hanya menjaga kepentingan minoriti berbanding kepentingan majoriti rakyat yang langsung tidak memiliki insurans. Apatah lagi insurans melibatkan coverage banjir.

+ Situasi-situasi di atas hanya melibatkan claim yg berkaitan insurans / takaful am seperti kenderaan, bangunan, isi rumah dan sebagainya. Manakala jika insurans hayat atau takaful keluarga, pemegang polisi tetap boleh claim sekiranya berlaku musibah.

KESIMPULAN: Menggunakan alasan "insurans tidak boleh claim kalau isytihar darurat", bukanlah alasan yang kukuh utk tidak mengisytiharkan darurat.

Disclaimer: Saya bukan pakar insurans. Saya hanya ejen takaful cabuk yg baru 3 tahun dalam bidang perkhidmatan kewangan dan takaful, serta sebagai Agen Takaful di Prudential BSN Takaful - Ma'aruf Ishak��

copy paste dari seorang sahabat agen insurans. sapa nk apply insuran boleh mintak kawan aku ni punya advise- Ma'aruf Ishak
 
tdi tgk berita wawancara tmb kelantan, katanya x perlu darurat, banjir 1967 truk pn x diistiar darurat, so konfius skit

..mmg rakyat rakyat yg pening...sbb dia org kalau rosak bole claim duit kerajaan...kita rakyat mampu tengok ajelaa:((:((:((:((:((
 
dia ingat tahun 1967 tu barang mahal macam skrg ke....
 
Back
Top
Log in Register