BTC USD 62,806.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dari tagline kini program bual bicara

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
SEKIRANYA anda meminati Datuk AC Mizal dengan gayanya tersendiri dalam mengendalikan rancangan hiburan seperti Betul Ke Bohong, Sejuta Money Drop, AC Di Sini, Maharaja Lawak, Maharaja Lawak Mega mahupun Akademi Fantasia, pastinya anda amat mengenal tagline Peace Y’all yang digunakan.

Menariknya, kerana populariti tagline itu, ia telah diangkat kepada sebuah rancangan bual bicara yang bakal bersiaran awal Mei ini.
Program infotainment 13 episod bakal disiarkan selama setengah jam menerusi saluran Astro Warna.

Dalam pada itu, bagi menyerikan program ini, seramai tiga tetamu selebriti turut diundang setiap episod untuk membincangkan mengenai topik yang dibawa.

Setiap topik yang dibincangkan ini berdasarkan termasuklah perkara yang membuatkan seseorang itu seronok, apa yang disukai mereka serta perkara yang membuatkan seseorang itu benci dan bengang.

Sementara bagi penonton yang ingin menyaksikan dan bertemu dengan AC secara live, mereka boleh melayari www.tvlive.com.my secara percuma untuk mendapatkan tiket masuk ke rakaman program ini.
 
Back
Top
Log in Register