BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dari Blog al-Shia.org

TokCu

Legendary Member
gem
Messages
11,155
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
542
Points
161
TokCu rasa terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca CG berkaitan satu laman web syiah yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja.

Sangat bahaya untuk mereka yang belum faham tentang perbezaan mazhab, termasuk juga mereka dari ahli sunnah wal jamaah tetapi masih mentah termasuk TokCu sendiri.

Atau jika ada sesiapa yang ada akses dengan pihak tertentu dapat menyekat website sebegini di Malaysia.

inilah sebahagian dakyah tersebut:

http://www.al-shia.org/html/id/shia/membela-syiah/004/01.htm#link2

KAITAN SHIA DENGAN IMAM JAFAR SADIQ.
Nawab: Shia percaya dengan 12 Imam. Mengapa shia dikaitkan dengan nama Imam Jafar Sadiq dan dipanggil mazhab Jafari?
Shirazi: Setiap nabi, dengan arahan tuhan, melantik penggantinya. Muhammad mengistihatkan Ali sebagai penggantinya dan mengarahkan ummah supaya patuh kepadanya. Tetapi setelah nabi wafat, kedudukan khalifa telah dirampas oleh Abu Bakr, Umar dan Uthman. Semasa pemerintahan mereka, dibahagian permulaan, Abu Bakr dan Umar merujuk kepada Ali dalam banyak perkara dan bertindak diatas nasihat beliau. Lebih-lebih lagi apabila ulama dan para ilmuan terkenal dari agama lain yang datang ke Madina dalam mencari pengetahuan agama, telah benar-benar berpuas hati setelah perbincangan mereka dengan Ali. Disepanjang hidupnya, Ali terus menyumbang kepada Islam dalam berbagai cara. Setelah syahidnya, apabila Bani Umayya menjadi pemerintah, para Imam dengan kejam telah ditindas. Imam Hasan Mujtaba, Imam Husain, Imam Zainu’l-Abidin, dan Imam Muhammad Baqir, adalah mangsa kekejaman Umayya yang tidak berperi. Semua laluan yang menuju kepada mereka telah ditutup hanya tinggal sebahagian kecil dari pengikut mereka sahaja, yang lainnya tidak dapat mengambil faedah dari pengetahuan mereka. Setiap seorang dari mereka telah dibunuh.
Di dalam permulaan abad kedua Hijrah, dibawah tekanan yang kuat dari aristokrat Umayya, manusia telah bangun menentang mereka. Peperangan telah berlaku diantara Bani Abbas dengan Bani Umayya. Sedang Bani Umayya sibuk mempertahankan pemerintah, mereka tidak dapat meneruskan tekanan kepada ahli bayt. Makanya Imam Jafar Sadiq keluar dari persembunyian yang dikuat kuasakan oleh Ummaya. Dia mengajarkan manusia mengenai perundangan agama. 4 000 pencinta ilmu pengetahuan berkumpul dikeliling mimbarnya dan menghilangkan dahaga mereka dari lautan ilmu, Imam yang suci. Sebahagian dari sahabatnya yang utama telah merakamkan 400 doktorin yang dinamakan sebagai Usul-e-Arba’mi’atin – bererti ‘400 pendapat’ Yafi’iy Yamani menulis bahawa Imam Jafar melebihi yang lain dalam pengetahuan. Jabir Ibn Hayyan Sufi menulis 1 000 lembar susunan, menyenaraikan hampir 500 buku berasaskan dari ajaran Imam Jafar.
Sebahagian dari ahli perundangan sunni yang terkenal adalah muridnya juga. Abu Hanifa, Malik Bin Anas, Yahya Bin Sa’id Ansari, Ibn Jarih, Muhammad Bin Ishaq, Yahya Bin Satid Qattan, Sufyan Bin ‘Uyayna, Sufyan Thawri – kesemuanya mendapat faedah dari pengetahuannya yang luas. Masa pembelajaran terbuka pada ketika ini sahaja, kerana Bani Umayya menyekat sebagaimana orang-orang mereka yang terdahulu, dan malangnya pula Bani Abbas telah menyekat keturunannya dari bercakap secara bebas. Kebenaran shia telah dibuka dan kemuliaan ahli bayt telah diistiharkan oleh Jafar Sadiq. Makanya golongan ini menjadi terkenal sebagai Jafari, tetapi tidak ada bezanya diantara Imam Sadiq dengan mana-mana empat Imam yang terdahulu dan dari enam Imam yang datang selepsnya. Semuanya dilantik dan mendapat petunjuk ilahi.
Walaupun keduanya, lawan dan musuh mengakui kecemerlangannya dalam pengetahuan dan kesempurnaan di dalam semua kemuliaan, orang terdahulu kamu enggan menerimanya sebagai seorang ahli agama dan juga orang yang paling sempurna pada ketika itu. Mereka enggan mengiktiraf pengajiannya bersama dengan pengajian yang lain, walaupun dia memegang kedudukan tertinggi di dalam pengetahuan dan kepatuhan, sebagaimana diakui oleh ulama kamu. Oleh kerana dia dari ahli bayt nabi, dia mempunyai hak untuk mendapat keutamaan dari yang lain. Walaupun yang sedemikian, ulama kamu yang fanatik telah tidak memperdulikan mereka dari keturunan nabi, malah ahli agama seperti Bukhari dan Muslim yang kamu lebih tinggikan, telah tidak mahu merakamkan hadith dari ahli faqih ini dan juga ahli bayt nabi. Mereka tidak merakamkan hadith dari para Imam atau Sadat dari keturunan nabi: Alawi, Husaini, Abidi, Musawi, Rizawi or from such ulema and jurists, like Zaid Bin Ali Bin Husain, the Martyr, Yahya Bin Zaid, Muhammad Bin Abdullah, Husain Bin Ali, Yahya Bin Abdullah Bin Hasan and his brother Idris, Muhammad Bin Ja’far Sadiq, Muhammad Bin Ibrahim, Muhammad Bin Zaid, Abdullah Bin Hasan, Ali Bin Ja’far (Arizi), dan lainnya, kesemua mereka adalah ulama dan ahli faqih terbilang dan dari keturunan keluarga nabi.
 
Bahaya ni..ni kena pantau ni...
 
Macamana nak sekat? Tengok eminda yg anti-hadis tu, mana ada sekat walaupun dah report kat department berkenaan.
 
sat lagi meroyanlah set2 syiah..
tunggu jap lagi...
 
Bahaya bila bercampur baur antara betul ngan tidak. Rasanya ada point jer yg betul dlm cerita tu:
(1) Para khulafa ur-rasyidin minta nasihat Imam Ali dalam hal hukum. Tp kalau Sayyidina Abu Bakar, Umar & Uthman rampas hak Imam Ali, mahukah Imam Ali jadi penasihat mereka?
(2) Imam Jaafar guru kepada para fuqaha sama ada ASWJ mahupun Syiah. Tp adakah Imam Jaafar Syiah?
 
Back
Top
Log in Register