BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dapur tiada sijil halal

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Daripada 2,000 hotel di seluruh negara, hanya 170 ada sijil HDC

KUALA LUMPUR – Hanya 170 dapur hotel daripada lebih 2,000 hotel di negara ini mempunyai sijil halal yang disahkan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Jamil Bidin, hotel yang mempunyai sijil halal itu meliputi 15 buah hotel lima bintang, hotel empat bintang (23), hotel tiga bintang (101), hotel dua bintang (14) dan selebihnya hotel tanpa bintang.

Katanya, antara faktor yang menyebabkan pengusaha hotel terbabit gagal mendapatkan sijil tersebut ialah kelewatan mereka menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan kepada HDC.

“Masalah utama sijil halal lewat diproses ialah kerana pihak kami terpaksa menunggu penyerahan dokumen berkaitan daripada pengusaha-pengusaha hotel itu seperti sijil halal bahan kandungan dan rempah.

“Maklum balas terhadap permintaan kami amat lembab. Dalam mengeluarkan sijil halal dapur, kami perlu tahu semua bahan yang digunakan di dapur, di mana mereka membeli bahan kandungan dan sama ada pembekal mereka itu mempunyai sijil halal atau tidak,’’ katanya pada sidang media di sini semalam.
 
Ala tgk je kedai mamak mana ada sijil halal..Hotel 4 star n 5 star x yah ckp mereka peduli ape as long masuuk pulus
 
Untuk pengetahuan bukan HDC saja yg layak beri pengiktirafan halal, ada yg lain2, macam hotel aku kerja ni, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan yg audit selongkar dapur setiap tahun & beri pengiktirafan kehalallan. Ni sijil :
 
Memang betul la tu...

Sapa2 yg makan kt hotel kena pandai2 la yerr....
 
bahaya gak mkn kat hotel ni yek...
 
cite psl sijil halal. baru2 ni aku ada buat komplen psl restoran Alif di kuantan (aku rasa kat KL pun ada). tokey dia asal muslim tapi dah jual pada satu hindu. tukang masak pun hindu. yg bestnya 5 kali aku buat repot kat JAIP tapi diaorg buat det jer.lak2 aku komplen dgn PPIM pulak. hrp2 boleh pakai la. tp buat setakat ni pegawai kat PPIM layanla. samada uat keje @ idak aku x pasti
 
cite psl sijil halal. baru2 ni aku ada buat komplen psl restoran Alif di kuantan (aku rasa kat KL pun ada). tokey dia asal muslim tapi dah jual pada satu hindu. tukang masak pun hindu. yg bestnya 5 kali aku buat repot kat JAIP tapi diaorg buat det jer.lak2 aku komplen dgn PPIM pulak. hrp2 boleh pakai la. tp buat setakat ni pegawai kat PPIM layanla. samada uat keje @ idak aku x pasti

bro ada forward ke jakim ... kementerian penguna sekali ??? kasi cc sekali lor
 
Back
Top
Log in Register