BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DAP tetap bantah hudud

DAP bukan parti islam..tak pelik pon :-?

- UMNO parti pejuang islam katanye, tp terang2 tolak hudud...:))
 
ada org cina tanya...
'kamu org islam..tapi kamu tolak hudud..knape?
 
kat flat taman medan slalu ada kes hilang motor.. satu hari, seorang pemuda India yang tgh buat rondaan (rukun tetangga) cakap, "kalau jumpa ini pencuri, potong tangan baru tau"...
 
PULAU PINANG 24 April - Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum berkenaan di negara ini.

Katanya, hudud tidak boleh dilaksanakan kerana mengikut Perlembagaan tidak ada apa-apa peruntukan yang menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara Islam.

“Dalam tahun 1988, lima hakim kanan Mahkamah Agung yang diketuai Tun Salleh Abas ketika itu telah memutuskan undang-undang yang terpakai dalam negara adalah undang-undang sekular.

“Jadi mana boleh dalam satu negara ada dua undang-undang. DAP menghormati apa yang terkandung dalam perlembagaan, oleh itu undang-undang Islam boleh diletakan di bawah kuasa Raja-Raja Melayu sahaja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang bertegas mahu melaksanakan hudud sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sementara itu di Arau, mengulas perkara tersebut, Haron mengulangi ketegasannya untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara ini.

Menurut beliau, pendiriannya itu mengambil kira hukum hudud sebagai asas dalam perundangan Islam.

“Sebagaimana solat, ia perlu dilaksanakan," kata beliau selepas merasmikan Pesta Wau Kampung Kenangan, Simpang Empat dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, Haron berkata, sekiranya pakatan pembangkang mendapat mandat memerintah negara ini, isu tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat khas pakatan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau tidak mahu membuat kenyataan lanjut dalam media massa berhubung isu tersebut untuk mengelakkan ‘perbalahan’ dalam kalangan pemimpin pakatan berkenaan.


Ni quote dari fb karpal singh




iklan dari mca

6schKK0.jpg


Source : The Star, Wed. 24 April 2013


-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kuala Lumpur: DAP tetap dengan keputusan tidak menerima prinsip Islam termasuk hudud sekiranya pakatan pembangkang dapat menawan Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei depan.

Pengerusi DAP Karpal Singh dalam kenyataan dalam laman Facebooknya kira-kira jam 3.15 petang semalam menyatakan meskipun DAP menghargai tawaran PAS untuk menggunakan simbol parti itu ketika DAP menghadapi masalah menggunakan lambang sendiri pada hari penamaan calon, ia tidak bermakna DAP menerima prinsip Islam termasuk hudud.


Menurutnya, DAP sudah menyatakan pendirian tetap mereka menolak dasar PAS termasuk hukum hudud dilaksanakan dalam negara, apatah lagi mewujudkan negara Islam.

“Kesediaan DAP menggunakan logo PAS bukan bermakna DAP menerima setiap dasar PAS.


“Perlembagaan Persekutuan sendiri tidak membenarkan penubuhan negara Islam, ia hanya membenarkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan agama lain diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni,” katanya dalam kenyataan itu.


Katanya, pada 1988, lima tokoh termasuk bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dalam Mahkamah Agung memerintah negara menggunakan undang-undang sekular dan negara Islam tidak boleh wujud mengikut undang-undang sedia ada.

“Sudah tentu individu bertanggungjawab dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan mengambil kira masyarakat berbilang kaum dan agama hingga tidak membuat peruntukan untuk mewujudkan negara Islam,” katanya.


“Dalam sistem undang-undang pula, sekiranya hukum hudud dilaksanakan akan wujud dua set undang-undang dalam satu sistem yang akan menyebabkan keadaan huru-hara,” katanya.

Kenyataan Karpal itu nyata bercanggah dengan kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din semalam yang berkata, PAS tetap bertegas melaksanakan hudud jika pakatan pembangkang berjaya pada PRU-13.


Haron berkata, ada mengatakan pemimpin pakatan pembangkang terutama DAP tidak mahu melaksanakannya, namun ia sudah beberapa tahun berlalu dan ia bukan lagi ketetapan terbaru pakatan pembangkang,” katanya ketika turun padang di Kampung Belukar, Guar Sanji dekat Arau, Perlis.

aku bengang betui dengan paper di malaysia ni...selalu panggil orang tertentu dgn nama pendek....Haron...Ismail kalau utk orang depa tak suka...kalau yang suka tuh..amboi sebut dengan pangkat...apa salahnya panggil orang tua tuh dgn nama Datuk Dr Haron Din...atau ...Tuan Guru ker...buduh betui
 
Sekurang2nya kita tau DAP tu pale dia kapiaq normal la doram x faham apa itu hudud so jd tugas org yg ngaku Islam pttnya dakwah. Yg peliknya Group yg parti Melayu ngaku Islam lak yg tolak.. isk isk isk..
 
Kalau karpal sorang je bantah takde masalah. Bukan dia seorang yang menentukan
dia kan pengerusi. kena undi keluar dlu kot. hehe..

tapi apapun pandangan aku andai kata tak dapat buat satu malaysia pun mungkin boleh start dari kelantan.. ubah dan gubal undang2 negeri.. buat dulu di sana dan nanti akan ada yg nampak baik daripada buruk sebelum ni.. dan lepas tu boleh ler nak buat satu malaysia pun.
 
dap kata biar agong putuskan laksanakan hudud
jadi boleh le pm anwar ibrahim nasihat agong laksanakan hudud
insyaallah

inikalilah

Takbir

Aminn ya Rabb...
Ini kalilaaa la la... :D
Islam For All
 
dia kan pengerusi. kena undi keluar dlu kot. hehe..

tapi apapun pandangan aku andai kata tak dapat buat satu malaysia pun mungkin boleh start dari kelantan.. ubah dan gubal undang2 negeri.. buat dulu di sana dan nanti akan ada yg nampak baik daripada buruk sebelum ni.. dan lepas tu boleh ler nak buat satu malaysia pun.

tak pernah buat di kelantan, mcm mana nak tahu penerimaan rakyat Malaysia?
 
Back
Top
Log in Register