BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DAP tetap bantah hudud

“Jadi mana boleh dalam satu negara ada dua undang-undang. DAP menghormati apa yang terkandung dalam perlembagaan, oleh itu undang-undang Islam boleh diletakan di bawah kuasa Raja-Raja Melayu sahaja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Karpal explain TEKNIKAL sekarang tak boleh buat pasal perlembagaan takde peruntukan...kalo nak buat pun BOLEH tapi Undang2 under Raja2 Melayu.. Maksudnya boleh la kan...

Atau

Perlu 2/3 untuk ubah perlembagaan...Itu jer kan?

Hudud untuk orang Islam saja..Itu kena faham & secara TEKNIKAL nya BAKAL dan BOLEH DILAKSANAKAN..

Yang TAK USAHA LAKSANAKAN adalah UMNGOK..
 
Harun Din : PAS akan laksana Hudud

Karpal : Teknikalnya tak boleh kerana tiada peruntukan perlembagaan..Kalo nak buat jugak kena letak under Raja2 Melayu atau kena ubah perlembagaan..

Selari dah tu.. :)paid

Media UMNGOK jer lagakan...
 
umno yang majoritinya org islam..nk hudud x?? sila jwp.
x yah pusing2. ya atau tidak.
 
ekcelley, bukan semua bukan islam menentang hudud malah ada yg sangat mengalu-alukan hukuman hudud ni.
masalahnya ada pihak yang cuba menakut2kan dan menidakkan hudud ni.

meraka juga telah dimomokkan mcm ni, pencuri kena potong tangan(on the spot).
tapi, meraka tak tau sblm prosedur2 sblm dijatuhkan hukuman.

semuanya tak mustahil kalau warga malaysia yang beragama islam bersatu.
 
pasal umno kita tolak tepi lah..dah 55 tahun...nak bersara dah..
skrang ni pikir mcmmna nak laksana hudud..aku rasa daripada pas sibukkan dri dengan melayan isu2 fitnah bn lebih baik ceramah utk fahamkan masyarakat pasal hudud...sepanjang yang aku pegi ceramah xde satu pon yang detail pasal hudud...smua terlalu general.."nak laksanakan hudud"..benda ape tu hudud...
jenis orng yang nak disuapkan [STRIKE]macam aku ni[/STRIKE]:D je macammana?...
 
SHAH ALAM, 24 April - Ketika pemimpin Pas seperti Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum Hudud di negara ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa undang-undang itu tidak akan dilaksanakan di Selangor.

DAP, satu lagi gabungan pakatan pembangkang, awal-awal lagi menentang cadangan itu.

Bercakap kepada pemberita, Abdul Khalid berkata, hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa mendapat persetujuan seluruh rakyat Malaysia serta rakyat Selangor khususnya.

"Hukum Hudud merupakan prinsip Islam dan menjadi sebahagian daripada pentadbiran di Selangor.

"Namun ia tidak dianggap sebagai satu ketetapan kerana rakyat di negara ini perlu mengikut apa yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Katanya lagi, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), yang merupakan badan tertinggi agama Islam di Selangor, tidak pernah membuat apa-apa ketetapan berhubung cadangan itu.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam ceramahnya di Arau berkata, hukum Hudud adalah asas perjuangan PAS dan tidak boleh diubah, oleh itu PKR dan DAP harus bertolak ansur dengan kehendak PAS.

Di Kota Baharu, Nik Abdul Aziz berkata, Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang dapat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum 5 Mei.

Sementara itu, Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh menegaskan DAP tidak akan berganjak sama sekali daripada pendirian mereka untuk menolak perlaksanaan Hudud.

Menurut Karpal lagi, walaupun PAS telah menjelaskan yang Hukum Hudud hanya akan digunakan ke atas masyarakat Islam sahaja tetapi pelaksanaan dua sistem perundangan khususnya berkaitan jenayah akan mencetuskan konflik dan huru-hara apatah lagi jika ia melibatkan dua orang bukan Islam dan Islam dalam kes yang sama tetapi dibicarakan dalam dua sistem yang berbeza.


sumber
 
DAP xkn buat hududnya..xde kesudahannya perjuangan PAS :-?
 
rasanya untuk menjadikan negara kita sebuah negara islam atau menukar sesuatu perlembagaan perlu 2/3 ahli dewan setuju..

kalau macam nie.. dalam PR memang tak mustahil boleh terjadi..

faktor ini disokong apabila 45% org islam atau melayu berada dalam DAP..
 
Selama ni apa yg Umno buat sepanjang 55 thn berkuasa? ada tak sedikit usaha utk menegakkan hudud?
 
Back
Top
Log in Register