BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DAP Parlimen Parit paling ramai ahli Melayu

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866

DAP Parlimen Parit paling ramai ahli Melayu​

WhatsApp-Image-2022-09-24-at-7.12.34-PM.jpeg



NGA Kor Ming (kanan) pada pelancaran DAP Parlimen Parit di Seri Iskandar hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHA

  • 24 September 2022, 9:13 pm


PARIT: DAP Perak melancarkan penubuhan cawangannya di Parlimen Parit di sini hari ini dan mencatat rekod sebagai cawangan DAP paling ramai ahli Melayu di Perak.




Calon Amanah yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Tarmizi Mohd. Jam dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penaja cawangan itu.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, setakat ini sebanyak 313 permohonan untuk menjadi ahli cawangan itu telah diterima.



Menurutnya, penubuhan DAP di Parlimen Parit merupakan satu sejarah kerana Parit merupakan kawasan hampir seratus peratus orang Melayu.
“Suatu ketika dahulu, tiada ada orang pernah terbayang akan tertubuhnya DAP di kawasan yang hampir seratus peratus Melayu di Parit ini.

“Tetapi hari ini, DAP akan menubuhkan cawangannya di Parit dan cawangan ini adalah cawangan DAP Melayu terbesar di Perak dan diketuai oleh orang Melayu.

“DAP memang mempunyai cawangan Melayu di tempat lain tetapi di Parlimen Parit ini merupakan satu sejarah kerana ini kawasan Melayu.
“Ini merupakan satu perkembangan positif yang membawa hala tuju baharu negara kita,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan penubuhan DAP Parlimen Parit di Seri Iskandar dekat sini hari ini.



Turut hadir Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham; Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari dan Tarmizi.
Kor Ming berkata, penubuhan DAP Parit itu sudah semestinya memperkuatkan dan mencerahkan peluang Pakatan Harapan (PH) untuk menang di Parlimen Parit pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ditanya sama ada DAP akan bertanding di Parlimen Parit pada PRU15, Kor Ming berkata, perkara itu akan ditentukan oleh Majlis Presiden PH.
“Tapi di peringkat negeri, kami akan cuba ajukan proses rundingan supaya jika boleh diberikan peluang untuk DAP bertanding di salah satu DUN dalam Parlimen Parit sama ada DUN Bota atau Belanja.

“Tapi kita hormat keputusan Majlis Presiden PH dan kita akan buat mengikut saluran PH,” katanya.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata, parti itu juga akan menubuhkan satu lagi cawangan DAP Melayu iaitu di Kampung Bahagia di Teluk Intan.
“Penubuhan cawangan DAP di Kampung Bahagia di Teluk Intan sedang dalam proses.

“DAP cawangan Kampung Bahagia semua ahlinya orang Melayu, macam cawangan Parlimen Parit ini,” katanya. –UTUSAN
 
Alhamdulillah. Orang melayu parit dah sedar.

Konsep politik melayu hanya level kampung2 sahaja. Tak kan boleh bawa malaysia menjadi maju.
 
Calon Amanah yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Tarmizi Mohd. Jam dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penaja cawangan itu.
Kenapa dia tak buka cawangan amanah........ Tapi buka cawangan dap di kawasan majoriti melayu.... Bodo melayu amanah ni lain macam......
 
Cari satu tempat majoriti cina yb melayu ... Dari situ boleh nilai kebodohan kita ... Kikiki

Bg aku ni mmg kwsn rare.. Sebab ahli melayu DAP paling ramai..

Melayu2 yg sokong DAP of coz liberal..

Tp bagus..

UMNO akan double keje.. Tak tidur.. Persaingan sihat diantara ketuanan melayu vs melayu liberal..

IMG_20220925_082234.jpg


“Saya percaya yang dikatakan menubuhkan DAP itu bukan datang daripada UMNO, bermakna orang Melayu yang belum berparti.

“Barangkali mereka memilih parti yang bukan UMNO, jadi orang Melayu itu memilih untuk menubuh parti DAP,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri di Stadium Indera Mulia di sini pada Selasa.

Menteri Besar berkata, penubuhan cawangan baharu DAP di Parit bukanlah satu isu besar mengambil kira amalan demokrasi di negara ini yang membolehkan sesiapa sahaja berhak untuk menubuhkan cawangan parti di mana-mana kawasan termasuklah di Sabah dan Sarawak.

Malah katanya, keadaan itu memberikan satu persaingan yang sihat untuk menjadikan UMNO bekerja lebih keras memenangi hati pengundi dan rakyat.

“Ada parti-parti (pelbagai) ini bersaing lagi bagus, kalau tidak orang Parit akan tidur. Bila ada persaingan, orang UMNO Parit akan bekerja lebih kuatlah,” katanya.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebelum ini memaklumkan, parti itu akan menubuhkan cawangan di Parit di daerah Perak Tengah dan akan diketui orang Melayu.

Dilaporkan, lebih 300 orang mengambil borang keahlian dan setakat ini lebih 200 borang telah dikembalikan untuk menyertai parti itu dan semua yang memohon keahlian itu merupakan orang Melayu.
 
Kenapa dia tak buka cawangan amanah........ Tapi buka cawangan dap di kawasan majoriti melayu.... Bodo melayu amanah ni lain macam......

Bukan bodoh, melayu pandai sebenarnya..
Cuma kau je x reti follow the money.. :ROFLMAO:

Bukak cwgn amanah, duit lambat sampai..bnyk traficlight..

Bukak cwgn DAP, terus dana dtng dari cable dragon kayangan..
 
Kenapa dia tak buka cawangan amanah........ Tapi buka cawangan dap di kawasan majoriti melayu.... Bodo melayu amanah ni lain macam......
Bila DAP dah ada byk cawangan melayu diorang dah tak perlukan Amanah. Kira backup plan lah ni. Diorang pun tahu Amanah berasal dari PAS dan mungkin suatu hari nanti Amanah akan pulang kpd PAS bila dah tersedar dan tak setuju dgn dasar DAP anti-Islam/Melayu yg ekstreme.
 
Back
Top
Log in Register