BTC USD 86,408.3 Gold USD 4,336.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DAP akan pertaruh 3 muka baharu pada PRN N Sembilan

afwan83

Active+ Member
Messages
3,296
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,296
Reaction score
12
Points
25

DAP akan pertaruh 3 muka baharu pada PRN N Sembilan​

335e79fe-anthony-loke-siew-fook-bernama-pic-100626.jpg

Ketua DAP Negeri Sembilan Loke Siew Fook berkata, 8 Adun penyandang, termasuk dirinya, akan pertahan kerusi masing-masing pada PRN 1 Ogos ini, selain tiga calon baharu. (Gambar Bernama)

Baki lapan kerusi lagi akan ditandingi oleh Adun penyandang masing-masing, menurut Ketua DAP Negeri Sembilan Loke Siew Fook.

Loke yang juga setiausaha agung parti berkata, calon baharu terdiri daripada Lee Kai Yet (Mambau), S Mugunthan (Seremban Jaya) dan Ho Weng Wah (Temiang).

Beliau berkata, DAP memutuskan untuk mengekalkan lapan penyandang tersebut, termasuk dirinya, untuk mempertahankan kerusi masing-masing kerana mereka cukup dikenali oleh pengundi dan telah mempamerkan prestasi yang baik.

“DAP melihat perlunya mengekalkan penyandang di kawasan (DUN) sedia ada kerana faktor usia calon yang masih muda serta faktor tempatan iaitu ada trek rekod yang baik kita kekalkan,” katanya yang memenangi kerusi DUN Chennah pada PRN lepas, lapor Kosmo.

Bekas Adun lain yang akan mempertahankan kerusi terdiri daripada Desmond Sian (Rahang); Teo Kok Seong (Bahau); J Arul Kumar (Nilai); Chew Seh Yong (Lobak); Nicole Tan (Bukit Kepayang); Choo Ken Hwa (Lukut); dan S Veerapan (Repah).

Loke berkata, DAP lazimnya akan menilai bakal calon baharu menjelang setiap pilihan raya, namun memandangkan PRN ini di luar jangkaan, parti itu memutuskan untuk mengambil pendekatan berhati-hati.

Hal ini kerana, katanya, pilihan raya ini amat penting dan mereka tidak mahu mengambil risiko yang tidak perlu.

Pada PRN 2023, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri selepas menang 31 daripada 36 kerusi secara keseluruhan.

PH menang 17 kerusi, BN (14) manakala baki lima kerusi lagi dimenangi oleh Perikatan Nasional (PN).
 
dengarnye muafakat nasional di N9
 

dia plak sibuk hahaha

mmg btul lah ..DAPig dah PH musibat paling takot kalau melayu united..dorang boleh hidup kalau melayu pecah undi jee

itu je game dorang
 
Back
Top
Log in Register