ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
HTC Desire EYE
DENGAN penghujung tahun semakin hampir, pelbagai syarikat ingin menyelesaikan pengenalan peranti baharu mereka untuk pasaran tempatan. Tidak ketinggalan adalah HTC yang ingin memperkenalkan dua peranti baharu mereka yang telah dilancarkan baru-baru ini, iaitu HTC Desire EYE dan juga HTC Re.
HTC Desire EYE merupakan telefon pintar memfokuskan kamera depan 13-megapixel, kamera belakang 13-megapixel, dan hadir dengan fokus terhadap bahagian kamera.
Sementara HTC Re pula merupakan sebuah kamera mudah-alih daripada HTC yang membolehkan pengguna merakamkan gambar aksi dan pergerakan mereka dengan memasangnya pada badan, atau sebarang lokasi lain. Ia juga direka bentuk dengan rekaan selesa untuk digenggam pada tangan, dilengkapi sensor 16-megapixel, dan juga sokongan kalis air IP57.
Kedua-dua peranti ini dijangka diumumkan untuk pasaran Malaysia pada minggu pertama bulan ini. Harga jualannya juga dijangka diumumkan pada hari sama.