BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dakwaan Dipukul Polis, Kertas Siasatan Dirujuk Ke Pejabat Pendakwaan Selangor

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
17fb1c2a9601c22b5ed54acc74cb95fd69306322a7cc3

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayaah (JSJ) Bukit Aman Datuk M. Kumar
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kertas siasatan berhubung kejadian mendatangkan cedera melibatkan pegawai dan anggota polis semasa menjalankan tangkapan, dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri Selangor hari ini untuk nasihat dan arahan lanjut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar dalam kenyataan berkata kejadian itu, telah terakam dalam kamera litar tertutup (CCTV) dan tular baru-baru ini.

“Laporan polis diterima pada 18 Nov 2025 daripada seorang perempuan Melayu, mendakwa anak lelakinya telah dipukul semasa proses tangkapan dilakukan,” katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera.

Kumar menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited dalam memastikan ketelusan dan integriti siasatan sentiasa diutamakan, bagi menjamin keadilan serta tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku.

Semalam, Bernama melaporkan polis sedang menyiasat dakwaan seorang lelaki warga tempatan dipukul oleh individu dipercayai anggota polis, di sebuah rumah di Kampung Sungai Ingat, Banting bulan lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat DSP Mohd Sufian Amin berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa, yang mendakwa menerima satu rakaman CCTV berdurasi tiga minit yang memaparkan anaknya ditampar oleh individu memperkenalkan diri sebagai polis.

Menurut laporan itu, anak pengadu ditampar beberapa kali dengan tujuan ingin mencari barang bukti dan bapa pengadu juga memaklumkan menyaksikan perkara itu berlaku.

 
Back
Top
Log in Register