BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dakwa dua Datuk

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PUTRAJAYA 12 Jun – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil tindakan ke atas dua ahli UMNO bergelar Datuk yang disyaki terlibat dalam kes rasuah pembinaan projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengesahkan siasatan ke atas kedua-dua ahli parti itu, mahu imej UMNO dibersihkan.

‘‘Kita tak nak ahli yang memburukkan imej parti. Kalau mereka kena dakwa, kita ikut prosedur biasanya kita akan gantung jawatan yang mereka pegang, itu kita akan lakukan.

‘‘Tapi SPRM kena ambil tindakan (terlebih dahulu), parti juga akan ambil langkah serupa seperti dilakukan ke atas Datuk Norza Zakaria dan Datuk Suhaili Abdul Rahman serta dua lagi pemimpin UMNO dari Seremban dan Perlis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdull mengesahkan siasatan ke atas dua lelaki bergelar Datuk telah siap dan sudah diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan.

Siasatan mengenai penyelewengan projek tersebut dijalankan selepas media pada Ogos 2004 mendedahkan mengenai keretakan MRR2 yang tidak selamat digunakan.

Mengulas lanjut pembabitan kedua-dua ahli UMNO itu dengan kes rasuah, beliau berkata, UMNO tidak wajar dipersalahkan jika perbuatan itu dilakukan oleh mana-mana ahlinya.

‘‘Macam kita buka satu tin jus atau susu, apa ada dalam tin kita tak tau tapi dari luar kita tahulah ia tin susu, mungkin kandungannya itu busuk atau tak baik, kita tak tau
 
Pandai pun cakap...tapi kalau kena kat pembangkang media bayangkan macam seluruh parti itu busuk
 
Datuk puak2 tu ke yg akan kena dakwa nanti ...
 
Ala...tukang suruh ddakwa tu pun bukan bersih sangat...kes franchise Malaysian Kitchen di Jerman pun senyap saja dah
 
Back
Top
Log in Register