BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Lagi Pegawai Kanan ATM Bergelar 'Datuk' Dijangka Didakwa Minggu Depan - Azam Baki

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
5cfd2cfce37442295cba1cc3eafa2e3b6971d9dcad6b4

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ketika bercakap pada sidang media selepas Majlis Program Cakna Rasuah: SPRM bersama Media Zon Timur, di Kota Bharu hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Dua lagi pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bergelar 'Datuk' dijangka didakwa berkaitan rasuah minggu depan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bagaimanapun pertuduhan itu tertakluk kepada persetujuan Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.

“Sekiranya Peguam Negara bersetuju, kita akan tuduh lagi dua individu. Namun setakat ini, keputusan daripada Peguam Negara masih belum diperoleh,” katanya pada sidang media selepas Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Timur di sini hari ini.

Beliau berkata SPRM telah mencadangkan pertuduhan terhadap dua lagi pegawai kanan ATM dengan memberi keutamaan kepada pegawai berpangkat tertinggi terlebih dahulu sebelum melibatkan pihak lain.

Azam menjangkakan keputusan daripada Peguam Negara akan diperoleh dalam tempoh terdekat memandangkan kes berkenaan adalah besar dan menjadi tumpuan ramai.

Hari ini, bekas Panglima Tentera Darat Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram lebih RM2.12 juta.

Muhammad Hafizuddeain, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas keempat-empat pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Menerusi Ops Parasit, SPRM pada 7 Jan lepas menahan seorang pegawai tinggi bersama dua isterinya berkaitan projek perolehan tender Tentera Darat dan keesokan harinya, pegawai itu direman selama tujuh hari manakala kedua-dua isterinya masing-masing direman tiga dan enam hari.

Siasatan SPRM berkaitan kes itu bermula sejak 7 Okt 2025 dan disifatkan sebagai sensitif kerana melibatkan pegawai berpangkat tinggi serta kepentingan awam.

 
Back
Top
Log in Register