BTC USD 63,070.2 Gold USD 4,302.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dakap sasar RM1 juta dua hari lagi

izack1981

Legendary Member
gem
Messages
10,374
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,374
Reaction score
61
Points
120
logo_dakap.jpg

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Kutipan Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) anjuran Islamic Relief Malaysia (IRM) dan Kumpulan Utusan kini hampir mencecah RM1 juta.

Ketua Kewangan dan Pentadbiran IRM, Farouq Zouji berkata, pihaknya yakin sasaran itu mampu direalisasikan dalam satu atau dua hari lagi selepas berjaya mencatatkan kutipan RM998,392 setakat hari ini.

"Daripada jumlah tambahan hari ini, RM1,268 hasil sumbangan tunai oleh para jemaah surau An-Nur, Bandar Baru Bangi.

"Saya berharap semua pihak terus menghulurkan sumbangan kepada tabung Dakap supaya sasaran RM1 juta dapat dicapai," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, di TERENGGANU, RM2,788.75 berjaya dikumpulkan hasil sumbangan pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Jerteh di sini.

Guru Besar sekolah berkenaan, Engku Naimah Engku Taib berkata, 957 pelajar bersama 72 guru dan kakitangan sekolah bergabung tenaga melancarkan kutipan untuk Dakap.

"Pihak sekolah juga mengambil inisiatif mengedarkan surat kepada ibu bapa memaklumkan kutipan yang dijalankan dan hasilnya mendapat kerjasama yang membanggakan," ujarnya.

Semalam, kutipan yang disumbangkan oleh warga sekolah itu dikumpulkan dan kemudian dimasukkan ke akaun Dakap menerusi Bank CIMB Jerteh.

Menurut Engku Naimah, ramai pelajar berkenaan menderma beberapa kali meskipun hanya wang syiling kepada tabung Dakap yang dilancarkan di sekolah itu sejak minggu lalu.

P/S: sapa yang tak derma lagi... jom p derma cepat!!
 
Back
Top
Log in Register