BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KBS Sasar 4.5 Juta Penyertaan Pada Hari Belia Negara 2026

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,188
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,188
Reaction score
346
Points
141
5e038cf62559d3949cdc70e9331fb9f569de2b8fcdbef

c15c77be2bc8e65fd3a8c41e41371f7569de2cc19a383

Foto: Yasmin Damia

Kementerian Belia Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan sebanyak 4.5 juta peserta pada sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026 yang dijadualkan pada 15 Mei ini.

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata sambutan yang bertemakan ‘Menggerak Belia’ akan diadakan di X-Park Sendayan, Negeri Sembilan dari 15 hingga 17 Mei.

“Harapan kita adalah membentuk 4.5 juta pemimpin yang bersedia dengan segala semangat patriotisme dan bersedia untuk menjadi rakyat tanggungjawab untuk negara,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis prapelancaran sambutan HBN 2026 di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Belia dan Sukan Mordi Bimol, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Rahimi Ismail dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara  Azura Abidin serta Timbalan Presiden Majlis Belia dan Malaysia (MBM) Mohamed Khairul Azman Abdul Azeez.

Sambutan kali ini akan dimeriahkan dengan lima segmen utama iaitu penciptaan serta peluang pekerjaan, kepimpinan, kesukarelawanan dan pengantarabangsaan, Malaysia aktif, inovasi dan digital serta kebudayaan, kesenian dan muzik.

Sementara itu, Dr Mohammed Taufiq berkata tema sambutan tahun ini menggambarkan tekad dan komitmen kerajaan khususnya KBS dalam memperkasakan generasi muda sebagai penggerak perubahan dan penentu masa depan negara.

“Ini merupakan satu platform penting bagi memperkukuh ekosistem pembangunan belia secara menyeluruh dan generasi muda merupakan aset penting negara dan kerajaan untuk terus menjadikan pemerkasaan belia sebagai agenda utama,” katanya.

Beliau berkata sambutan HBN 2026 akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 
Back
Top
Log in Register