soybean
CG Hardcore Club


- Messages
- 63,243
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,243
- Reaction score
- 4,135
- Points
- 661
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.







syiah bukan Islam

Aku nak komen sikit je. Ustaz ni kena hati-hati bila bercakap. Jangan sampai nak berkias sampai mengkafirkan sesama Islam. Bashar Asad tu memang Shiah tapi adakah dia bukan beragama Islam? Kalau dia bukan Islam kerana dia Shiah apakah hukumnya Mufti Besar Syria Sheikh Badrudin Hassoun, seorang ulama besar sunni, membenarkan dia bersolat bersama dalam satu masjid? Kalau Shiah itu kafir bagaimana pula dengan Ibnu Sina? Ramai muslim yang menganggap Ibnu Sina sebagai saintis Islam tapi beliau juga adalah seorang bermazhab Shiah.
Dan lagi satu benarkah Bashar Asad yang membunuh rakyatnya bukan Daesh yang disokong oleh Amerika dan NATO? Kalau Bashar yang membunuh kenapa pelarian-pelarian Syria semuanya kembali semula ke Syria setelah tentera SAA berjaya membebaskan bandar Aleppo dari Daesh? Mereka yang melarikan diri ni dahulunya lari dari Bashar atau dari Daesh?
Shiah tu memanglah tersesat akidah mereka tapi adakah sampai ke tahap kafir? Kalau Shiah itu kafir golongan Shiah yang mana adalah kafir? Atau adakah semua sekali kafir? Sengketa Sunni-Shiah pada hari ni sebenarnya sengaja diperbesarkan untuk memecah-belahkan dunia Islam selain hendak mencelarukan kebenaran tentang tanda-tanda akhir zaman agar yang benar pada hakikat tampak salah pada zahirnya dan yang salah pada hakikat tampak benar pada zahirnya. Inilah namanya fitnah dajjal yang tidak ada siapa pun terlepas hatta ustaz-ustaz sekalipun. Ustaz nak cerita pasal dajjal pun ustaz kena pastikan ustaz bebas dari fitnah dajjal.
Oleh itu, jangan kita memperkatakan sesuatu yang kita takde pengetahuan tentangnya. Iaitu kita tidak melihat sendiri atau mendengar sendiri sesuatu perkara tu.
Disclaimer: Aku adalah dari golongan ASWAJA.

Takyah tulis disclaimer pun takpe bro.
Orang tak caya.