BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dahan tembusi badan 2 meter

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
10hmbiked_1560130401.jpg







PERTH: Seorang penunggang motosikal amat bernasib baik apabila ditusuk dahan besar sepanjang dua meter selama lapan jam selepas kemalangan jalan raya.

Sean Foster, 27, dari Perth berkata, ketika kejadian dia menunggang motosikalnya pada kelajuan 80 kilometer sejam dan tidak nampak dahan itu di laluannya disebabkan silau.

“Saya dapat rasakan ada sesuatu tidak kena tetapi tidak dapat melihat sendiri. Cuma ketika itu saya tahu memang saya ditusuk dahan berkenaan.

“Pada mulanya saya menyentuh bahagian depan sebelum meraba pula di belakang,” katanya kepada 7News.

Dahan itu terpaksa dipotong untuk membolehkan Foster menaiki helikopter serta ambulans.

Sementara itu, pakar yang merawatnya, Sana Nasim berkata, Foster bernasib baik kerana dahan itu tidak mengenai sebarang organ penting sebaliknya hanya menembusi kulit serta ototnya.

“Jika dahan itu hanya menembusi beberapa inci ke kiri, pasti organ lebih penting akan terkena dan menyebabkan kecederaan serius,” katanya.







sumber: https://www.hmetro.com.my/global/2019/06/463709/dahan-tembus-badan-2-meter








.
 
fuh, ngeri. nasib baik x kena part² penting...
 
Senang je ni.. potong dahan kat luar. Dahan kat dalam biarkan je mereput. Hari2 sapu ubat luka sampai sembuh.
 
Back
Top
Log in Register