oldtbone
Legendary Member

- Messages
- 17,323
- Joined
- May 25, 2012
- Messages
- 17,323
- Reaction score
- 3,695
- Points
- 191
KEADAAN muka mangsa yang ditoreh dengan pisau kecil dalam kejadian samun di Persiaran Tun Teja, Seksyen 35, Shah Alam. FOTO Ihsan Pembaca
BUKAN setakat disamun, malah mukanya turut ditoreh dengan pisau ketika sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di Persiaran Tun Teja, Seksyen 35, di Shah Alam, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, mangsa yang juga warga Pakistan berusia 20-an bersama dua lagi pekerja yang lain sedang memotong rumput sebelum di datangi dua lelaki dengan senjata tajam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mangsa didatangi dua suspek lelaki tempatan yang menaiki motosikal jenis Modenas Kriss.
Beliau berkata, kedua-dua suspek berkenaan kemudiannya menyuruh mangsa menyerahkan telefon bimbit miliknya sebelum berlakunya pergelutan.
"Dalam pergelutan itu, suspek menoreh muka mangsa menggunakan pisau kecil.
"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian bawah muka sebelah kanan dan bahagian telinga di sebelah kiri," katanya kepada Harian Metro.
Beliau berkata, mangsa yang cedera kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang.
"Mangsa tidak mengenali suspek dan baru saja sehari bekerja di kawasan berkenaan.
"Mereka tidak dapat mengecam kedua-dua suspek berikutan kejadian berlaku secara pantas," katanya.
Beliau berkata, pihaknya meminta kerjasama orang awam atau saksi yang melihat kejadian itu untuk tampil membantu siasatan di balai polis berdekatan.
Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan.
sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/458346/dah-disamun-ditoreh-muka-pula
.
ari tu 3 orang samun bangla dapat RM7 (dibahagi 3), skrg samun pembersih jalan dapat berapa? .. aku betul2 nak jumpa diorang ni, serempak mana2 kat shah alam maaf, siap korang .. dah marking 3 - 4 ekor rempit kemak kat area aku ni, tunggu sangkut je ..
![]()
![]()