BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuti Tambahan Aidilfitri: KESUMA Galakkan Majikan Beri Kelonggaran Kepada Pekerja

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,162
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,162
Reaction score
346
Points
141
69d35b44613bf7f35910d311646c3a816846d6f268085


Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menggalakkan majikan memberi kelonggaran kepada pekerja berhubung pelaksanaan cuti tambahan sempena Aidilfitri sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penghargaan kepada rakyat Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, KESUMA memaklumkan cuti tambahan itu adalah selaras dengan peruntukan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] yang memperuntukkan kuasa kepada kerajaan untuk mengisytiharkan hari kelepasan am.

“Sehubungan itu, cuti yang diisytiharkan ini merupakan hari kelepasan am yang terpakai kepada pekerja sektor swasta tertakluk kepada seksyen 60D Akta Kerja 1955 [Akta 265].

“Berdasarkan peruntukan tersebut, majikan boleh menggantikan hari kelepasan am berkenaan dengan mana-mana hari lain sebagai ganti cuti am bergaji kepada pekerja,” menurut kenyataan itu.

Menurut KESUMA majikan hendaklah memaklumkan kepada pekerja berhubung pengaturan cuti tambahan tersebut sama ada diberikan pada tarikh yang diisytiharkan atau digantikan dengan hari lain yang sesuai.

“Sekiranya pekerja dikehendaki bekerja pada hari kelepasan am yang diisytiharkan, pekerja tersebut layak menerima kadar bayaran kerja pada hari kelepasan am sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955,” menurut kenyataan itu

Sehubungan itu, KESUMA menyeru agar majikan mempertimbangkan pemberian cuti itu kepada pekerja sebagai sebahagian daripada amalan pekerjaan yang prihatin dan menyokong keseimbangan antara kehidupan dan pekerjaan.

“Langkah ini diharap dapat memberi ruang kepada pekerja untuk meraikan Aidilfitri dalam suasana kebersamaan, kesejahteraan dan keharmonian bersama keluarga.

“KESUMA berpandangan bahawa sambutan perayaan seperti Aidilfitri merupakan masa yang amat bermakna bagi pekerja untuk bersama keluarga dan orang tersayang,” menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register