BTC USD 86,408.3 Gold USD 4,336.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Curi iPad, Lelaki Bisu Di Penjara Setahun

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
29.10.2019 - Kuala Terengganu, Seorang lelaki bisu dihukum penjara setahun di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana mencuri iPad.

Keputusan dibuat Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh, Mohd Rizuan Mahmud, 36, mengaku salah atas pertuduhan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Mohd Rizuan didakwa mencuri peranti elektronik berharga RM1,600 milik wanita berusia 33 tahun dengan memecahkan kereta mangsa.

Pertuduhan dibacakan jurubahasa isyarat yang dilantik mahkamah.

Kejadian berlaku pada 30 September lalu di hadapan Pejabat Tanah Daerah Kuala Nerus.

Berdasarkan fakta, kejadian berlaku ketika wanita berkenaan meletakkan kenderaannya di kawasan parkir untuk ke kedai makan yang letaknya 50 meter dari lokasi.

Namun, sekembalinya pada pukul 11.20 pagi, dia mendapati beg galas yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan dalam terbuka dan pemeriksaan mendapati tablet yang dibekalkan oleh syarikat kepadanya, hilang.

Susulan kejadian, mangsa membuat laporan polis sebelum melakukan serbuan di sebuah rumah di Taman Semarak, Bukit Tunggal, Kuala Terengganu pada 12.01 tengah malam, Selasa lalu menemui tablet berkenaan.

Susulan itu, tertuduh ditahan pihak berkuasa.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh berkuatkuasa Selasa.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Mohd Ridhuan Mohina Di

41572342303_lelaki.jpg


Berita asal http://www.astroawani.com/berita-malaysia/curi-ipad-lelaki-bisu-dipenjara-setahun-221243
 
Back
Top
Log in Register