BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cucu mangsa bunuh ditahan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang lelaki dipercayai penagih dadah berusia 43 tahun dari Kampung Bukit Pak Sabah, Dungun, petang kelmarin bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita warga emas berusia 80 tahun dari kampung itu, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor, berkata suspek yang juga cucu kepada warga emas itu ditahan di kampung berkenaan, kira-kira jam 6 petang.

Beliau berkata, polis setakat ini menahan dua suspek berhubung kejadian itu termasuk adik kepada penagih terbabit.

Harian Metro semalam melaporkan seorang wanita warga emas berusia 80 tahun yang menjalankan perniagaan keropok ditemui mati dalam keadaan kepala berlumuran darah dan direndam dalam besen berisi air.

Mangsa, Muda Mat Zain dipercayai dipukul di kepala oleh suspek dengan objek keras serta dicekik di leher sebelum dilemaskan dalam besen penuh berisi air.

Kejadian disedari anak perempuan mangsa berusia 61 tahun yang tinggal bersebelahan rumah mangsa apabila mengesyaki sesuatu perkara buruk menimpa ibunya ketika menghantar makanan.

Barang kemas bernilai lebih RM10,000 milik mangsa hilang dipercayai dilarikan suspek dan setakat ini polis belum menemui barang kemas itu.
 
Back
Top
Log in Register