BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cucu bakar rumah nenek

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Seorang nenek tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya musnah dalam kebakaran awal pagi ini, dipercayai dibakar oleh cucunya sendiri yang dikatakan menghidap penyakit mental.

Kebakaran rumah di Kampung Sematang Bogok di Alor Setar, itu berlaku ketika Asiah @ Itam Puteh @ Teh, 72, sedang tidur di bahagian dapur rumah itu.

"Mak Cik sedang tidur ketika itu dan cucu kejutkan mak cik lalu mengheret mak cik keluar dari rumah menyebabkan Mak Cik terjatuh dan ketika itulah baru sedar yang rumah kami sedang terbakar.

"Kami langsung tidak sempat menyelamatkan apa-apa," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, adik warga emas itu Rejab Puteh @ Teh, 62, yang tinggal tidak jauh dari rumah kakaknya berkata dia menyedari kebakaran itu apabila pintu rumahnya diketuk oleh kakaknya.

"Saya mengejutkan dua anak lelaki saya untuk membantu memadam api dan terus menelefon bomba," katanya.

Rejab berkata cucu kakaknya itu kemudian mengaku bahawa dia yang membakar rumah terbabit.

Difahamkan, Asiah tinggal di rumah itu seorang diri sejak lapan tahun lepas setelah kematian suaminya dan cucunya itu datang untuk tinggal bersama neneknya sejak sebulan lepas.

Ketua Operasi Balai Bomba Jalan Raja Mohd Shukri Nayan berkata bomba yang menerima panggilan pada pukul 1.56 pagi menghantar satu jentera bersama enam anggota ke tempat kejadian dan mereka mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat, katanya. BERNAMA
 
bela cucu bermasalah.. dan masalah lain pula muncul
 
emm..dah tale duk umah nenek dah
 
kesian kat nenek...ermmm...pasni dukk kat rmh anak lee gamak nye
 
pasni nenek dpt umah baru sbb dah kuar paper
 
haku tepok dahi bilabaca brita nie..kurang asam jawa tul cucu neh.ape la nasib c nenenkk yg mlg neh.kesian owg tua tu da tinggal sehelai sepinggang da!
 
Back
Top
Log in Register