BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua cucu tikam nenek hingga mati kerana dilarang bercinta

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
3488527.webp

Jika disabit bersalah atas tuduhan membunuh kedua-duanya boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun. - Foto Agensi

PHNOM PENH - Dua pelajar sekolah tinggi tergamak menikam nenek mereka hingga mati hanya kerana dilarang bercinta.

Seng Chanboramey, 19, dan adiknya, Seng Heng Sanika, 18, berdepan tuduhan membunuh di bawah Perkara 199 Kanun Jenayah Kemboja yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika disabit bersalah.

Kedua-duanya melakukan perbuatan itu di rumah didiami mereka pada 5 April lalu.

Mereka berang kerana mangsa yang berusia 64 tahun menegah mereka mempunyai teman lelaki kerana dikhuatiri memberi kesan buruk kepada prestasi akademik.

Chanboramey dan Heng Sanika yang tidak dapat menerima larangan itu bertindak menikam mangsa beberapa kali dari belakang.

Jasad warga emas itu dengan kesan tikaman hanya ditemui sehari selepas kejadian tersebut.

Siasatan awal pihak berkuasa membawa kepada penahanan dua adik-beradik tersebut.

Pengebumian nenek mereka pula diadakan pada Rabu lalu. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register