Jepang
Active+ Member
- Messages
- 3,244
- Joined
- Feb 19, 2011
- Messages
- 3,244
- Reaction score
- 33
- Points
- 30
Salam wbt,
Hari ini adalah hari ke-29 Ramadhan, Matahari kelihatan bersinar tetapi tidak terasa bahang dan tidak juga silau.
Bagaimana keadaan matahari pagi di tempat anda?
Hari ini adalah hari ke-29 Ramadhan, Matahari kelihatan bersinar tetapi tidak terasa bahang dan tidak juga silau.
Bagaimana keadaan matahari pagi di tempat anda?
DALIL MALAM LAILATUL QADAR BERDASARKAN AL-QUR'AN.
1) Allah turunkan padanya al-Quran (Surah al-Qadar: 1)
2) Beribadat padanya lebih baik daripada beribadat seribu bulan (Surah al-Qadar: 3)
3) Turun padanya para malaikat dan Jibril ke bumi membawa rahmat, keberkatan, ketenangan dan urusan taqdir Allah yang akan berlaku dalam setahun akan datang (Surah al-Qadar: 4, dan Surah ad-Dukhaa-n: 4,5)
4) Dipenuhi dan diliputi kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar: 5)
DALIL MALAM LAILATUL QADAR BERDASARKAN AL-HADITH
1. Abi Ibnu Ka’ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang bermaksud : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). – Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -
2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. – Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -
3. Dalam Mu’jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa’ daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).
4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.
Qadhi ‘Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:
1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.
Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :
a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.
5) Sesiapa yang beribadat padanya dengan penuh keimanan dan mengharapkan balasan baik/pahala dari Allah maka diampun baginya dosa-dosanya yang telah lalu (Riwayat al-Bukhari: 2014, Muslim: 760)
6) Terjadi pada malam yang ganjil (Riwayat al-Bukhari: 2018, Muslim: 1167)
Last edited:
