BTC USD 83,204.9 Gold USD 4,188.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuaca sejuk sudah kembali normal

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) mengesahkan cuaca sejuk yang melanda beberapa kawasan pantai timur dan utara Semenanjung sejak beberapa hari lalu kembali normal apabila purata suhu minimum jangka panjang yang direkodkan di 44 stesen menunjukkan peningkatan sejak Khamis lalu.

Ketua Pengarah JMM Che Gayah Ismail berkata, secara amnya di Malaysia, suhu harian adalah antara 22 hingga 35 darjah Celsius dan menjadi normal jika ia antara kurang atau lebih tiga darjah Celsius.

“Suhu minimum selalunya direkodkan antara jam 4 hingga 7 pagi.



Berdasarkan rekod, kini semua stesen mencatatkan suhu pada paras normal dengan suhu terendah adalah 19.3 darjah Celsius di Muadzam Shah semalam.

“Berdasarkan rekod di stesen utama di seluruh negara, hanya Kuala Krai dan Batu Embun didapati merekodkan suhu minimum di bawah normal, iaitu Kuala Krai 1.8 darjah Celsius dan Batu Embun 0.1 darjah Celsius pada 22 Januari lalu (Rabu lalu),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, selepas tarikh itu didapati suhu di semua stesen berada dalam lingkungan normal sehingga semalam.

Bagaimanapun, katanya, cuaca dingin ini dijangka terus dirasai sehingga tiba musim peralihan dengan angin bertiup dari arah Lautan Pasifik susulan perubahan monsun menjelang Mac ini.

“Meskipun cuaca sejuk ini berterusan, kesannya akan beransur kurang apabila memasuki bulan Februari,” katanya.

Dalam pada itu, rekod jabatan berkenaan sehingga jam 6 petang semalam mencatatkan suhu terendah di kawasan tanah rendah negara ini adalah 19.3 darjah Celsius di Muadzam Shah.

Sementara di tanah tinggi Cameron Highlands, suhu direkodkan adalah 13.9 darjah Celsius dan ia adalah normal bagi bentuk muka bumi di kawasan itu.

Antara kawasan yang masih merekodkan bacaan suhu minimum 21 darjah Celsius ke bawah adalah Alor Setar (20.3), Batu Pahat (20.4), Keningau (20.2), Kota Bharu (20.8) Kuala Krai (19.6), Kuching dan Mersing (21.2), Embun (21.5), Butterworth (21.6), Kluang (21.8), Kuala Terengganu (21.3), Kuantan (21.4) dan Lubuk Merbau (21.1).



sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Cuacasejuksudahkembalinormal/Article/index_html
 
sekejap je..baru tauke2 bundle nak pecah guni jual baju sejuk lebih sikit hehe
 
Hilang dah sejuk... PANAS.. Mu tunggu aku mari...
 
mlm tadi dah start pasang aircond semula.... :p:p
 
Back
Top
Log in Register