BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuaca lebih kering menjelang Ramadan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,242
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,242
Reaction score
1,659
Points
201
Cuaca lebih kering menjelang Ramadan..
FB_IMG_1679272904472.jpg

Cuaca dijangkakan lebih kering menjelang bulan Ramadan tahun ini.


SHAH ALAM - Keadaan cuaca dijangkakan lebih kering menjelang bulan Ramadan yang akan datang pada tahun ini.

Bagaimanapun, Penyelidik Meteorologi Fakulti Sains dan Sekitaran Sains, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Chung Jing Xiang berkata, cuaca hujan diramalkan akan kerap berlaku pada waktu sebelah petang.

"Secara lazimnya apabila kita tibanya di hujung Mac, keadaan iklim di Malaysia akan memasuki musim peralihan monsun.

"Dalam musim ini, keadaan cuaca biasanya akan menjadi lebih kering berbanding masa musim tengkujuh, namun hujan petang kerap berlaku,” katanya kepada Sinar Ahad pada Sabtu.

Selain itu, Jing Xiang berkata, orang ramai yang ingin mengunjungi bazar Ramadan bagi membeli juadah berbuka puasa dinasihatkan supaya menyediakan payung sebelum keluar sebagai langkah berjaga-jaga.

Pada masa yang sama, masyarakat juga perlu sentiasa memantau ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

"Maka saya sarankan orang ramai sediakan payung apabila hendak mengunjungi bazar Ramadan dan sentiasa memberi perhatian kepada ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia,” ujarnya.

Sementara itu, Pakar Klimatologi, Dr Fredolin Tajudin Tangang berpandangan bahawa kebarangkalian yang tinggi untuk berlakunya ribut petir pada waktu petang dan lewat petang pastinya akan mengganggu aktiviti penjualan makanan dan minuman semasa bulan puasa.

"Bulan Ramadan bermula pada minggu terakhir Mac dan berkemungkinan akan memasuki musim peralihan monsun.

"Kebiasaannya ketika musim peralihan monsun pada bulan April dan Mei, curahan hujan tinggi di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia yang disebabkan oleh ribut petir yang sering berlaku pada petang dan lewat petang hingga ke malam.

"Keadaan hujan yang lebat boleh menyebabkan banjir kilat terutama di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan sekitar,” menurutnya.

Tambahnya, ramalan cuaca daripada MetMalaysia juga memainkan peranan penting dan sesuai untuk masyarakat jadikan sebagai rujukan kerana data-data yang dikeluarkan itu mempunyai ketepatan yang tinggi.

"Saya menyeru orang ramai memberi perhatian kepada ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.

"Ramalan yang dikeluarkan dalam 24 jam itu mempunyai ketepatan yang tinggi dan pastinya jika dijadikan panduan, ia akan dapat membantu para peniaga dan juga pengunjung ke bazar-bazar Ramadan,” ulasnya.

@sinar Harian
 
tengahari geng pood fanda tak leh la nak tido kejap..........
 
panas-globa.jpeg
klim yang berubah dan cuaca ekstrem meningkat adalah norma-norma baharu pada tahun-tahun dan dekad mendatang. - Gambar hiasan

Ramalan cuaca lebih kering ketika Ramadan adalah kurang tepat – MetMalaysia​


  • Oleh KOSMO!
  • 20 Mac 2023, 3:26 pm




PETALING JAYA – Kenyataan tentang cuaca akan lebih kering semasa fasa peralihan monsun (hujung bulan Mac) adalah kurang tepat, ujar Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, dakwaan dimana cuaca akan lebih kering semasa fasa peralihan monsun berkemungkinan merujuk kepada cuaca di Pantai Timur Semenanjung Malaysia serta Johor Timur.

“Semasa fasa peralihan monsun dari Timur Laut ke Barat Daya, lazimnya cuaca ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang lebih kerap berlaku pada sebelah petang, terutama di kawasan pedalaman dan Barat Semenanjung.

“Secara amnya, taburan hujan paling tinggi di barat Semenanjung, terutama di Lembah Klang berlaku semasa fasa peralihan monsun.

“Oleh itu, kenyataan bahawa cuaca akan lebih kering semasa fasa peralihan monsun adalah kurang tepat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Tambahnya, orang awam disarankan untuk sentiasa cakna dengan maklumat, ramalan dan amaran cuaca.

Pada 14 Mac lalu, Muhammad Helmi turut menjangkakan cuaca panas melanda semenanjung, terutama di bahagian utara, sehingga ke hari ini.

Semalam, suhu paling panas dicatatkan di di Alor Setar, Kedah dengan 36°C diikuti dengan Chuping, Perlis (35.8°C), Pulau Langkawi (35.6°C) dan Petaling Jaya, Selangor (35°C). – KOSMO! ONLINE

 
Back
Top
Log in Register