apengfx-
Fun Poster
- Messages
- 420
- Joined
- Nov 19, 2006
- Messages
- 420
- Reaction score
- 183
- Points
- 23
TOPIK 1
PENGENALAN KEPADA ELLIOTT WAVE
Masalah-masalah kritikal yang di hadapi oleh ramai trader:
1. Tidak mempunyai PETA/MAP yang bagus untuk memahami "THE UNDERLYING STURCTURE OF THE MARKET"
2. Kenapa ramai yang tetap gagal walaupun mereka mempunyai "TRADING SYSTEM" yang sangat bagus/terbukti berkesan?
Jawapan nya mudah, ini kerana mereka tidak ada idea langsung ke mana arah tuju market seterusnya dan kenapa terjadinya pergerakan sedemikian.
NOTA RINGKAS:
Artikel ini di tulis dengan tujuan membantu semua traders untuk membuat profit di dalam market.
Saya akan berkongsi semua ilmu dan pengalaman saya menganalisis market menggunakan Elliott Wave dengan harapan, ilmu yang diberikan akan dapat membantu anda mempunyai "MAP" market yang bagus , mudah di baca dan dapat membantu untuk mengningkatkan trading result anda. InsyaAllah.
PERINGATAN PENTING:
1. Elliott Wave bukan STAND ALONE method untuk trading. Elliott wave tidak akan memberikan EXECT ENTRIES dan EXITS!
2. Elliott Wave telah di kaji selama lebih dari 90 tahun dan merupakan teknik yang paling susah untuk di fahami dan digunakan dengan tepat.
3. Sekiranya Wave di analyzed dengan betul, ini merupakan satu kelebihan kepada trader untuk menjanka sifat-sifat market(trending/sideway) dan juga menjangka ke mana arah tuju market selepas ini.
4. Kelebihan ini akan membantu trader untuk mengetahui, bila nak trade dengan aggressive berpandukan signal "TRADING SYSTEM" masing-masing, ataupun trader mungkin perlu STAY AWAY dari market dan bersedia untuk pergerakan TREND yang seterusnya.
1.1: ELLIOTT WAVE THEORY
Apa yang anda akan pelajari:
1. Mewujudkan pemahaman asas Elliott Wave theory yang di cipta oleh Ralph N. Eliott dan meningkat kan tahap konfiden menganalisis market menggunakan Elliott Wave.
2. Tujuan utama kenapa kita berminat untuk mengetahui Elliott Wave ialah kerana Elliott Wave merupakan indicator yang terbaik untuk menunjukkan di mana kita berada dalam market sekarang.
3. Elliott Wave merupakan "THE UNDERLYING STURCTURE OF THE MARKET" (semua market: FOREX, Stock, Commudities dan lain-lain) dan memahami Elliott Wave adalah seperti kita mempunyai "PETA/MAP" market.
4. Membantu dan meningkatkan trading result anda. Anda mesti ada "TRADING SYSTEM" untuk mendapatkan ENTRIES dan EXITS kerana, saya tekan kan sekali lagi, Elliott Wave bukan STAND ALONE method untuk trading.
1.2: THE UNDERLYING STURCTURE OF THE MARKET
Struktur Asas Market/Pasaran
1. Semua market mempunyai struktur asas yang di terdiri daripada urutan waves. Pada tahun 1930's seorang pakar yang bernama Ralph N. Elliott merupakan "master mind" yang menjumpai corak/pattern yang berulang dalam market yang dikenali sebagai waves.
2. Peraturan asas teori Elliott wave adalah cukup mudah, tetapi lebih dari pada 75 tahun, aplikasi kepada peraturan asas ini telah banyak mengecewakan dan mengelirukan ramai trader!
3. Dengan menggunakan peraturan-peraturan asas Elliott Wave dan di bantu dengan bantuan indicator tambahan, akan dapat membantu anda memudahkan, meringkaskan dan mengingkatkan tahap ketepatan analisis anda.
1.3: TIDES, WAVES & RIPPLES
Air Pasang, Ombak dan Riak
Untuk memudahkan anda memahami Elliott Wave,Bayangkan anda sedang berada di sebuah pantai.
Semasa anda berada di pantai, anda akan nampak beberapa jenis pergerakan/gelombang air yang mempunyai momentum yang berbeza.
1. TIDES (Air Pasang)
Air pasang akan berlaku perlahan-lahan, sekali sehari. Air pasang ini boleh di kaitan dengan wave yang sedang berlaku di timeframe-timeframe besar (Monthly,Weekly,Daily).
2. WAVES (Ombak)
Dalam masa yang sama, anda boleh melihat ombak-ombak yang datang dan pergi. Ombak-ombak ini boleh di kaitan dengan wave yang berlaku dalam timeframe kecil (Daily,H4,H1,M30)
3. RIPPLES (Riak-riak air)
Dan di hujung hujung air pantai, anda akan perasan ada riak-riak air yang beralun. Riak-riak air ini (minor wave) boleh di jumpai dalam timeframe yang lebih kecil (M15,M5,M1).
Bentuk-bentuk gelombang dan momentum gelombang yang berlaku adalah fenomena semula jadi alam dan tidak akan ada satu pun ombak yang berlaku adalah sama dengan yang sebelum nya.
Market juga adalah fenomena semula jadi alam. Elliott Wave adalah panduan yang terbaik dalam market, tertapi adalah perlu saya tekan kan bahawa TIDAK AKAN ADA SATU PUN BENTUK WAVE YANG TETAP. Bentuk dan momentum wave akan sentiasa berubah-ubah semasa membuat set wave baru.
Sekiranya ada orang yang 100% tahu macam mana pergerakan market, maka tidak ada lah market untuk kita trade lagi. Semua dah kena sapu licin.
1.4: PATTERN RECOGNITION & FRACTAL
PATTERN RECOGNITION
Elliott Wave teory 100% bergantung kepada Price Chart. Pengalam Elliott Wave akan mengkaji dan membuat analisis di chart berdasarkan bentuk-bentuk yang terjadi dan membuat ramalan pergerakan yang seterusnya.
Disini kita boleh simpulkan bahawa Elliott Wave adalah teknik "PATTERN RECOGNITION".
FRACTAL
Definasi fractal "self-similar patterns appearing at every degree".
Elliott wave menepati definasi fractal, anda boleh mengenal pasti bentuk-bentuk yang sama di timeframe yang berbeza-beza. Bentuk-bentuk ini akan berulang-ulang untuk membentuk satu bentuk yang lebih besar.
1.5: BASIC STRUCUTRE OF THE ELLIOTT WAVE
Struktur Asas Elliott Wave
1. Struktur asas Elliott Wave adalah semudah;
1-2-3-4-5-A-B-C
..tapi ada juga wave D dan E untuk complex correction wave (nanti kita sentuh pasal complex correction wave..rilek dulu, jangan pening kepala).
Contoh Real dalam forex chart AUD/USD H4.. Magic kan?
**gambar rajah di atas menunjuk kan struktur asas Elliott Wave untuk UPTREND.
**anda boleh buka mana-mana pair punya chart dan mana-mana time frame pun..saya jamin anda boleh jumpa pattern yang sama
2. Semasa membuat analisis menggunakan EW, faktor masa tidak terlalu penting, yang penting adalah "FORM" atau "BENTUK" yang di hasilkan oleh pergerakan tersebut.
(ULANG KAJI POINT PENTING: Elliott Wave adalah teknik "PATTERN RECOGNITION")
3. Pergerakan harga mengikut trend(UPTREND/DOWNTREND) akan membentuk 5 wave (Wave 1,2,3,4,5).
4. 5 wave yang terbentuk mengikut arah trend akan di "corrected" oleh TIGA wave yang bergerak melawan arah trend (Wave A,B dan C)
(Sila rujuk chart dan gambar rajah di atas untuk mendapatkan gambaran yang jelas)
5. Wave 1,3 dan 5 dikenali sebagai IMPULSE wave.
6. Wave 2,4 di kenali sebagai CORRECTIVE wave dan di lebel kan dengan a,b,c
....d dan e (untuk irregular/complex correction..nanti kita sentuh secara mendalam tentang complex correction)
ULANGKAJI:
1. Bentuk asas EW terdiri dari 5 wave yang akan bergerak mengikut arah trend (1-2-3-4-5) dan 3 wave yang akan "corrected" pergerakan 5 wave tersebut (A-B-C).
2. Anda sudah kenal apa itu IMPULSE WAVE dan CORRECTIVE WAVE.
1.6: WAVE INSIDE WAVE
Wave dalam Wave
Mari ulangkaji kembali:
FRACTAL
Definasi fractal
"self-similar patterns appearing at every degree".
Elliott wave menepati definasi fractal, anda boleh mengenali bentuk-bentuk yang sama di timeframe yang berbeza-beza. Bentuk-bentuk ini akan berulang-ulang untuk membentuk sesuatu yang lebih besar.
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, perhatikan gambarajah yang di bawah.
Ini lah yang di maksudkan dengan FRACTAL.
Bentuk yang sama "berulang-ulang" dalam degree yang berbeza dan menghasilkan bentuk yang sama pada degree yang lebih besar.
Perhatikan dalam wave yang besar, terdapat lagi wave-wave yang kecil di dalam nya.
Masih ingat kan contoh yang di berikan semasa bersantai di satu pantai yang indah..dalam pergerakan air yang besar terdapat juga pergerakan air yang lebih kecil di dalam nya.
Bergitu juga dengan Elliott Wave, di dalam setiap degree wave, terdapat sub-degree wave dalam nya.
SESI SOAL JAWAB TOPIK "WAVE INSIDE WAVE":
assalam masta apeng,
tima kasih sbb berkongsi ilmu EW.
Mengenai topic 'wave inside wave' ni, selalu kalau kita nak tengok subwaves dalam wave yang besar ada ka guideline umum utk kita tengok dari timeframe mana ke timeframe yang mana ? Contoh macam kalau kita dah dapat kigha wave 12345 di TF Daily, kalau nak tengok subwaves dalam Wave 1 di Daily tu, kita tughun ka TF yang mana, H1 ka, M30 ka M15 ka ? Atau kena perhati kesemua TF yang lebih kecil drpd TF Daily tu ?
W'salam Tuan Masta B2BSales,
Jawapan kepada soalan tuan, apabila kita cuba mencari subwave (wave inside wave), kita akan ke time frame lebih kecil dari time frame yang kita tengok sekarang.
sebagai contoh. kita ambil pair AUD/USD
kita tengah menganalisa di TF Daily,
![]()
Kita sudah nampak dan identify wave (1) dalam daily,
apa bila kita hendak memastikan subwave yang terjadi..kita boleh menggunakan TF H4 kebawah.
![]()
** Line Biru Main Wave dari Daily Chart.
** Line Merah Subwave untuk Wave (1) Daily Chart
Apa yang kita boleh pelajari dari sini:
1. Ubah time frame untuk mendapatkan lebih detail structure wave.
2. Makin rendah TF kita masuk..makin detail Subwave yang kita akan nampak. contoh kalau kita zoom lagi ke M30, kita akan nampak sub-wave kepada sub-wave H4 kepada sub-wave Daily
AUD/USD M30
![]()
** Line Biru Main Wave dari Daily Chart.
** Line Merah Subwave untuk Wave (1) Daily Chart
** Line Hijau Subwave untuk Line Merah
Harap jawapan saya boleh membantu tuan masta B2BSales dan rakan rakan kita yang lain.
soal : kenapa x dilukis wave dlm H1..?
tk
Soalan yang baik
Kalau kita perhatikan wave H4 dan H1, detail dia adalah lebih kurang sama.
Untuk mendapatkan detail dgn lebih jelas, saya terus ke m30.
TF mana kita nak guna itu bergantung kepada keadaan. Kalau di h1 tidak jelas.. Kita boleh ke m30.
Skill untuk bermain main dgn TF berbeza perlu di pelajari dan di fahami. Ini sangat penting untuk kita menganalisis wave yang sedang berlaku untuk membolehkan kita mencari ENTRIES DAN EXITS.
Topik selepas ini akan menerangkan tentang Personaliti dan Ciri-ciri Wave 1,2,3,4,5 dengan lebih detail.
ULANG KAJI TOPIK 1 "PENGENALAN KEPADA ELLIOTT WAVE":
Sehingga peringkat ini, apa yang anda telah pelajari ialah:
1. Elliott Wave adalah "the underlying structure of the market".
2. Definisi FRACTAL = "self-similar repeating patterns repeating at every degree of a trend"
3. FRACTAL adalah "Underlying Structure of Elliott Wave".
4. Bentuk asas Elliott Wave: (1-2-3-4-5-A-B-C) 5 Wave dan "Corrected" oleh 3 wave
5. Kejadi semulajadi lautan (TIDES, WAVES & RIPPLES ) adalah sama seperti Elliott Wave yang berlaku di pelbagai TIMEFRAME.
6. IMPULSE Wave dan CORRECTIVE Wave.
7. Mepelajari dan faham tentang konsep "WAVE INSIDE WAVE"
Saya sarankan supaya anda membuat ulangkaji dan memahamkan asas asas EW sebelum bergerak ke bab-bab seterusnya
Last edited:
