BTC USD 83,561.3 Gold USD 4,186.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Countdown PN akan terduduk

Janji kongsi sejadah dgn marhaen........ 😁😁😁😁😁
Tunjuk gamba kongsi sejadah sket terus kagum walanon, padahal dia cuma tiru Najib kongsi sejadah je. Takde pulak orang duk puji Najib tu. :ROFLMAO:

dGLU.png

Najib Solat.jpg
 
Miskin bandar bakal membuatkan Rafizi terduduk

January 31, 2023
KEGAGALAN Rafizi selaku Menteri Ekonomi memberi kesan besar kepada masyarakat bandar yang menjadi pengundi teras kepada Pakatan Harapan selama ini.

Derita hidup masyarakat miskin bandar yang terseksa dengan kos sara hidup selama ini telah meletakkan harapan kepada PH untuk menyelesaikan masalah mereka.

Kehidupan miskin bandar ini terjerat dengan hutang-piutang seperti komitmen rumah, kenderaan, dan sebagainya. Bagi mereka, mempunyai simpanan yang mencukupi hanyalah mimpi dan angan-angan sahaja.

Namun, kegagalan Rafizi pada hari ini membuatkan mereka kecewa dan putus harapan kepada PH. Slogan politik selama ini tinggal retorik, harapan bertukar kepada kekecewaan dan mencetuskan kemarahan yang membuak-buak dalam kalangan mereka.

Pengkhianatan PH terhadap prinsip asas perjuangan mereka khususnya melantik ahli politik yang terpalit dengan kes mahkamah telah menambahkan lagi rasa kecewa mereka.

Pengundi teras PH kini sedang dalam keadaan yang rapuh sama ada terus memberikan sokongan kepada PH atau beralih arah kepada blok politik yang lebih praktikal, bersih dan stabil.

Teori Ekonomi Manusiawi versi Madani Perdana Menteri ke-10 lenyap ibarat debu di atas batu yang ditiup angin akibat daripada kegagalan Rafizi.

Malang nasib PH, diserang oleh ahli sendiri dan kini pengundi teras mereka bakal beralih pergi.

DR FIRDAUS AZIM
Ketua Penerangan Pemuda Selangor – HARAKAHDAILY 31/1/2023


dgr tu ph selangor.... negeri lain masalah kos sara hidup tak ada ya.. cuma kat selangor je skrg ni...
 
kontraktor yg dapat projek mewah zaman PN bagi beratus juta pada Bersatu..
semoga tak lama hayat parti korup..
 
Benda yg bermanfaat, kalau ditiru dikira jariah yg akan mengalir seperti sungai kebajikannya. Letih dah dengar retorika geng DSAI, nak juga kita tahu apa penyelesaian cara Islam dari TGHH. Dari aku kecil, sampai berkeluarga aku dah dengar Islam Penyelesaian, bila lagi.
Retorik geng anwar........... 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣............. Byk lagi hang akan dengar "drama 40org penyamun"
 
Retorik geng anwar........... 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣............. Byk lagi hang akan dengar "drama 40org penyamun"
Itulah tuan, bohsan juga "drama 40 penyamun" nih. Nak juga tgk "drama lebai malang" pula.
So far the best episode adalah Dah Cukop Jumeloh.
 
Tunjuk gamba kongsi sejadah sket terus kagum walanon, padahal dia cuma tiru Najib kongsi sejadah je. Takde pulak orang duk puji Najib tu. :ROFLMAO:

dGLU.png

Najib Solat.jpg
pemandangan biasa sewaktu solat berjemaah disensasikan oleh pemberita untuk mengkagumkan rakyat yang taksub tak bertempat.. sedih dengan mentaliti rakyat sebegini....
 
pemandangan biasa sewaktu solat berjemaah disensasikan oleh pemberita untuk mengkagumkan rakyat yang taksub tak bertempat.. sedih dengan mentaliti rakyat sebegini....
Yg viralkan bukan rakyat tapi cybertrooper yg diupah
 
Back
Top
Log in Register