BTC USD 83,453.3 Gold USD 4,161.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Countdown PN akan terduduk

Kita tengok apa piji buat....

Sekarang piji berkuasa kan?

Menteri tu..come on la...

Tak payah la divert isu ke TGHH...

Kita cerita berkenaan kerajaan yg berkuasa sekarang
Realitinya adalah seperti apa yg Rafizi kata, dan juga yg pimpinan BN terdahulu pernah kata,iaitu isu kenaikan harga barang adalah berkaitan dengan supply dan demand. Itu saja.
Apa yg Rafizi kata sewaktu dia jadi pembangkang adalah temberang yg x berasaskan realiti sebenar pun.

Oklah mungkin tuan x terima pendapat aku sebab aku x sehaluan dengan tuan, tapi pasti tuan setuju dgn pendapat kepimpinan tuan di bawah ini.

Selagi Kita Hidup Isu Harga Barang Naik Tidak Akan Selesai, Kata Razman​

By Oleh MALAYSIA DATELINE / December 17, 2021
Exco Perladangan, Pertanian Dan Industri Makanan Negeri Perak Razman Zakaria meminta rakyat negeri itu menerima hakikat tentang kenaikan harga barang saban hari.
Dalam sidang DUN Perak semalam, Razman (Pas-Gunung Semanggol) berkata selagi mana manusia ini hidup isu harga barang naik tidak akan selesai.

“Kita harus sedar perkara kenaikan harga ini tidak akan selesai selagi kita hidup. Oleh itu kita kena terima ‘fact’ (hakikat).
“Kita boleh mainkan isu harga barang macam kangkung boleh naik sampai 200 peratus,”
katanya.
Beberapa ADUN antaranya Batu Kurau, Manjoi, Titi Serong dan ramai lagi membangkitkan soal kenaikan harga barang yang telah membebankan rakyat.
Sebelum ini, ADUN Muhamad Arafat Varisai Mahamad (PKR-Hulu Kinta) membawa seekor ayam segar ketika sesi perbahasan Belanjawan 2022 Perak.

Tindakan ADUN terbabit bagi menegur Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak supaya mengambil berat terhadap masalah kenaikan harga barang.
Ayam tersebut dibeli dari sebuah premis di kawasan DUN Gunung Semanggol bagi memperlihatkan harga yang tinggi iaitu sebelum 7 Disember lebih kurang RM10 sekilogram dan terkini berjumlah RM9.30 sekilogram berdasarkan harga kawalan musim perayaan yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Selepas perbahasan itu, beliau menjelaskan isu harga ayam itu ditujukan kepada Razman kerana kenaikan harga barang berpunca di peringkat ladang.
 
woi anak ko nakal....
-anak org lain nakal juga....

woi anak ko mencuri
-anak org lain ad ayg mencuri juga...biasa la budak2

woi anak ko ponteng kelas
-anak org lain lagi kuat ponteng


SAYA TAK PERNAH BEKAP ANAK SAYA..
Lain sangat tu analogi tuan.

Aku x kata sembang kencang tu boleh, tapi itu memang cara ahli politik blok pembangkang berfungsi.
 
Ni lagi antara contoh sembang kencang masa jadi pembangkang. Harap dia dapat sampaikan cadangan2 yg dia nk bentangkan kepada Razman dulu tu, bagi kepada kementerian berkaitan agar dapat diimplementasikan.

Arafat ajak Razman berdebat isu kenaikan harga barang​

By
Mohammad Arif Nizam
-
17 December 2021

MGF16122021_SIDANG-DUN-PERAK20211123_0023-681x454.jpg
ADUN Ulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad bercakap pada sidang media selepas selesai membahas di Sidang Undangan Dewan Negeri di Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan, Perak. Foto AMIRUL SHAUFIQ 16 DISEMBER 2021.
IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhammad Arafat Varisai Mahamad mencabar Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria untuk berdebat secara terbuka berhubung isu kenaikan harga barangan.
Pemimpin pembangkang dari PKR itu berkata, surat cabaran debat itu telah dihantar ke pejabat Razman hari ini.

“Saya kesal dengan jawapan tidak bertanggungjawab daripada Razman. Oleh kita telah hantar surat jemputan debat isu kenaikan harga barang, sudah ada cop akuan terima pejabat exco.
“Saya mencabar Razman selaku Exco berdebat secara terbuka dengan saya berkenaan harga barang.

“Dalam debat nanti saya nak bagi cadangan atau kaedah yang perlu diambil exco tentang kaedah penurunan harga barang,” katanya pada sidang media selepas sidang Dewan Undangan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Pada Selasa lalu, Muhamad Arafat membawa seekor ayam segara ketika sesi perbahasan Belanjawan 2022 Perak yang bertujuan menegur Razman agar prihatin dengan masalah kenaikan harga barang.

Semalam beliau kembali mencetuskan kontroversi apabila diarah keluar dewan oleh Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid pada sesi penggulungan Bajet Perak 2022 petang ini kerana gagal mematuhi Perintah Tetap 44 (2) DUN Perak.

Kekecohan berlaku selepas Muhammad Arafat tidak berpuas hati kerana Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Yunus Jamhari gagal menjawab isu kenaikan harga sayur-sayuran dan enggan meminta maaf kerana tidak memberi penjelasan. – MalaysiaGazette
 
woi anak ko nakal....
-anak org lain nakal juga....

woi anak ko mencuri
-anak org lain ad ayg mencuri juga...biasa la budak2

woi anak ko ponteng kelas
-anak org lain lagi kuat ponteng


SAYA TAK PERNAH BEKAP ANAK SAYA..
Hebat tuan............. Bagus........ 🤣🤣🤣🤣🤣
 
Pusing... jgn tak pusing. Dasar anak anwar mmg suka pusing walaupun dah nmpk sgt kena kencing. Dulu undi ph ke? Tak rasa kn kencing ke dgn menteri formula aka ekonomi aka graduate mckk. Jgn tunjuk sgt pusing tu. Ko punya pusing mcm zari83 yg totok umno tu lah.
 
Lain sangat tu analogi tuan.

Aku x kata sembang kencang tu boleh, tapi itu memang cara ahli politik blok pembangkang berfungsi.
Apa yg lain cuba betoi la dia ckp tu....hidup asyik tunding jari sana sini salah sana sini bila kena batang hidung sendiri....last2 jahanam semua hahaha
 
Apa yg lain cuba betoi la dia ckp tu....hidup asyik tunding jari sana sini salah sana sini bila kena batang hidung sendiri....last2 jahanam semua hahaha
Aku x tuding jari tuan, aku cuma nak ingatkan forumer Pertikaian Nasional yg sifat Rafizi tu ada jer dalam pimpinan yg kalian puja, jadi jgn terlalu seronok bahan Rafizi\, seolah2 apa yg Rafizi buat tu cuma dia sorg saja buat.

Tp buat Rafizi, padanlah muka. Sendiri sembang kencang masa pembangkang dulu.
 
Back
Top
Log in Register