BTC USD 82,468.8 Gold USD 4,171.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Countdown PN akan terduduk

saya share lah kot apa yg TGHH sebut, rasa relevan jugak kalau diletak kat thread ni:-


Kerajaan mesti tangani kenaikan harga barang
April 30, 2018


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan sepatutnya menangani masalah kenaikan harga barangan.

Advertisement

Beliau menambah sekiranya kerajaan menetapkan harga bagi barangan, maka peniaga tidak akan menjual barangan dengan harga yang melampaui batas.

“Kerajaan boleh bertindak dengan kuasa kerajaan,” ujar beliau ketika ceramah umum di pekarangan Pasar Binjai Rendah, Marang, kelmarin yang disiarkan menerusi laman Facebook.

Katanya, kenaikan harga barang adalah disebabkan oleh barangan tempatan banyak dieksport ke luar negara dan mendapat keuntungan yang banyak.

“Bila tauke-tauke yang eksport barang ke luar negeri dapat untung yang banyak maka dia jual mahal kepada penduduk tempatan. Ini jadi begitu maka kerajaan kena kawal dalam masalah ini,” ujar beliau.

Kerajaan tidak pandai mengurus

Menurutnya, kerajaan tidak pandai mengurus negara kerana tidak mewujudkan projek hiliran.

Katanya, projek hiliran tersebut adalah dengan maksud kerajaan sepatutnya membuatkan projek bagi menguruskan produk supaya ia mengalir dalam pasaran

Beliau menambah bahawa kerajaan perlu membuka industri supaya dapat menambah nilai barangan tersebut

Beliau memberi contoh buah-buahan tempatan boleh dibuat gel dan melalui penambahan nilai tersebut, kerajaan boleh menarik pelabur untuk melabur dan membuka kilang.

“Apa yang berlaku pada hari ini, kerajaan membiarkan orang tengah yang mencari kesempatan untuk dapat untung banyak.

“Dia beli dari sumber, dari nelayan, daripada orang kampung, beli dengan harga yang murah. Dia jual dengan harga yang mahal,” ujar beliau.

Beliau menerangkan bahawa China yang memiliki 1 billion penduduk mampu bersaing dengan Amerika Syarikat dari sudut ekonomi adalah disebabkan barangan mereka yang dipasarkan di pasaran China sendiri.

Menurut beliau juga, Singapura merupakan orang tengah bagi pasaran ekonomi barangan di Asia Tenggara.

Kenaikan harga minyak beri kesan kepada harga barang

Tuan Guru menyebutkan bahawa antara sebab kenaikan harga barang adalah disebabkan oleh peningkatan harga minyak.

“Minyak Malaysia ni baik, yang tinggi mutunya, boleh guna untuk kapal terbang minyak Malaysia ni, harga dia mahal, bukan guna untuk kereta,” ujarnya lagi.

Beliau memberikan cadangan sekiranya dibuka loji penapisan minyak di Malaysia dan menjadi pengedar minyak, maka harga minyak akan turun dengan sendirinya.

Menurutnya, harga barang juga akan menurun atas sebab kos pengangkutan barangan akan menurun dengan menurunnya harga minyak yang digunakan kenderaan.

Turut bersama beliau adalah calon PAS bagi Dun Ru Rendang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Ustaz Mohd Nor Hamzah (Bukit Payong), Ustaz Ariffin Deraman (Alor Limbat) dan Ustaz Sulaiman Sulong (Pengkalan Berangan).

Inflasi pada tahun 2018 diunjur pada paras 2.5% oleh Rating Agency Malaysia Berhad (RAM Ratings) dengan inflasi makanan dijangka akan meningkat lebih pantas tahun ini berikutan penggunaan lebih kukuh dan kesan limpahan daripada semakan tarif gas yang meningkat. – HARAKAHDAILY 30/4/2018
cumanya PAS sekarang adalah pembangkang
Rafizi yg menteri sekarang :D



tuan tgh kritik mereka PAS yg ditahun 2018
utk apa ni :D
 
Tuan @synyster,

Saya duk baca2, tgk2, agak2, bayang.... Tuan ni duk gali stetmen2 lama Tghh je... Dan ckp yg PAS pon sama.... Oklah....kita amik lah yg tuan attached tu sama lah..

So, persoalan nya skrg, mat piji tu buat mende yg sama xpelah? Ke mcm mana? Sbb dulu2 PAS/BN/PN etc boleh buat, makanya BNPH terutamanya mat piji (dlm hal ni) xde masalah lah? Gitu kah?

Atau pun, sbb yg dulu2 tu gagal, maka yg skrg ni gagal pon xpelah? Ke mcm mana?

Pendapat saya org persoal skrg ni sbb masa jd pembangkang, mat piji kluar mcm2 formula, komposisi dll... Tp satu pon xleh pakai bila jd menteri... Tu yg org persoal..

tp tuan plak kona pasal PAS/BN/MN/PN pon sama......

Hujah2 tuan lebih pada dulu pas pon sama.. Xleh pakai.. Ni piji pon sama xleh pakai.. Then, buat apa kita ada yg xleh pakai? Boleh buang ganti org lain x?
tn tet, saya rasa even penyokong Rafizi yg lain pun heran dan confused dengan apa yg tn synyster tgh buat ni :D
 
Salah tu. Yg kritik ialah seluruh rakyat Malaysia yg terkesan. Yg Rafizi nak terduduk tu disebut secara spesifik penyokong PN.
tn logammaut, saya rasa tn synyster berada dlm dunia dia sendiri
tak nampak perspektif lain other than his

saya rasa dia masih tak dapat tangkap apa yg tuan bagitau
 
tn logammaut, saya rasa tn synyster berada dlm dunia dia sendiri
tak nampak perspektif lain other than his

saya rasa dia masih tak dapat tangkap apa yg tuan bagitau
Cik mek nak kata dia bute Warne le teww..... Secara halus.... 🤣🤣🤣
 
tn logammaut, saya rasa tn synyster berada dlm dunia dia sendiri
tak nampak perspektif lain other than his

saya rasa dia masih tak dapat tangkap apa yg tuan bagitau
Bukan tak dpt tangkap tapi saje2 buat tak faham. Everytime cuba spin kita bawa kembali ke topik perbincangan asal 🤣
 
Macam ni jela...

kita based on Current :

Menteri yg berkuasa utk ekonomi skrg adalah Menteri Ekonomi....

Menteri Ekonomi skrg = Rafizi.... sembang gegor...gebang.... so kita troll/kutuk/komen dia dulu

akan datang jika TGHH jadi Menteri Ekonomi dan dia tidak buat apa yg dia cakap.... kita troll/komen/kutuk beliau pulak..... Win Win...

Raikan apa yang current yang ada kuasa....
 
Back
Top
Log in Register