BTC USD 83,014.8 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Countdown PN akan terduduk

IMG-20230505-WA0008.jpg


PN bangun balik😁

Pas nafi keluarkan kenyataan media sokong Abdul Hadi jadi PM​



TAKIYUDDIN. FOTO Arkib NSTP
TAKIYUDDIN. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan media berkaitan sokongan terhadap presiden parti itu untuk menjadi Perdana Menteri.

Takiyuddin berkata, kenyataan media yang bertajuk 'Sokongan Terhadap YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Ahli Parlimen Marang Sebagai Perdana Menteri Malaysia' adalah palsu dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

"Kenyataan media yang sedang tular masa ini adalah palsu dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak disebutkan," katanya menerusi Facebook.

Sebelum ini, satu kenyataan media yang didakwa dikeluarkan oleh Takiyuddin tular di media sosial, antara lain memanjatkan kesyukuran kerana Pas akan diterima mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok.





Menurut kenyataan itu, ia didakwa bagi mempersembahkan surat akuan bersumpah daripada 115 Ahli Parlimen untuk memberi sokongan kepada Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri.

"Pas yakin dengan memiliki kepimpinan serta ilmu yang tinggi beliau mampu memimpin Malaysia menjadi sebuah negara bertamadun dan disegani tanpa mengenepikan nilai-nilai Islam.

"Pas meminta rakyat untuk terus memberi sokongan terhadap kerajaan pimpinan ulama yang bakal dibina supaya tidak lagi berlaku sebarang pergolakan politik dan perebutan kuasa seperti yang sering ditimbulkan oleh Pakatan Harapan," kata kenyataan yang tular.




Disiarkan pada: Mei 4, 2023 @ 7:30pm
 


Kenyataan media yang mengaitkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan dilantik sebagai Perdana Menteri ke-11 adalah palsu, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
 
rasanya PAS dari dulu taknak jadi PM



A. tahun 2022.

Tiada calon PM daripada Pas​

19 Oktober 2022 12:28amMasa membaca: 2 minit

1949668.jpg

Mardhiyyah


SHAH ALAM- Pas tidak mencalonkan mana-mana pimpinan daripada parti itu sebagai calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Ketua Pengarah Ameerah Malaysia, Mardhiyyah Johari berkata, ia kerana parti tersebut lebih menekankan tentang agenda perjuangan Islam dan kesejahteraan rakyat buat masa kini.





ā€œPas telah menaikkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sebelum ini, Pas juga telah menaikkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri juga sebelum ini, tetapi Pas tidak pernah meminta jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

ā€œKalau jawatan Timbalan Perdana Menteri pun kita tidak minta, apatah lagi jawatan Perdana Menteri,ā€ katanya dalam program Wacana Sinar Edisi ke-370 bertajuk ā€˜Demi Rakyat atau Kuasa' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Program dihoskan oleh Ismail Adnan itu turut menampilkan bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Siti Aishah Shaik Ismail sebagai panelis.

Mengulas mengenai kerjasama Pas dan UMNO, Mardhiyyah berkata, pertembungan antara Pas dan UMNO sememangnya satu perkara yang perlu ditamatkan.

Namun ujar beliau, meskipun Pas akhirnya memilih untuk bersama Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRU15, perpisahan kerjasama antara UMNO dan Pas telah diucapkan UMNO sebelum pembubaran Parlimen lagi.

"Pas melihat kesatuan umat Islam melangkaui penyatuan politik Pas dan UMNO sebab itu kita libatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) islam.



"Pas memilih bersama PN kerana bagi saya UMNO menyempit kesatuan umat Islam itu hanya pada parti politik Pas dan UMNO sedangkan Pas melihat lebih daripada itu," katanya.

B. tahun 2019

Pemimpin Pas tidak bercita-cita jadi Perdana Menteri​

Bernama
Februari 24, 2019 10:20 MYT

Pemimpin Pas tidak bercita-cita jadi Perdana Menteri

MOHD AMAR: Takkanlah kita yang ada 18 kerusi ini nak buat undi tak percaya kat Perdana Menteri. - Gambar fail

Pas tidak pernah bercita-cita mahu melantik pemimpinnya untuk menjadi Perdana Menteri dan sedar mengenai kemampuan parti itu memenangi sebarang pilihan raya umum, kata Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata parti itu hanya ada 18 kerusi sahaja di Parlimen justeru tidak logik pemimpin Pas membawa usul undi tidak percaya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen.




"Tentulah orang yang nak bawa usul (undi tak percaya) ini orang yang nak jadi Perdana Menteri. Takkanlah kita yang ada 18 kerusi ini nak buat undi tak percaya kat Perdana Menteri.

"Kita ada maklumat dan (sebelum ini) kita pun tak cakap siapa-siapa (yang nak bentang usul undi tak percaya di Parlimen," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Revisit Kota Bharu 2019 di Dataran Ilmu di sini, Sabtu malam.


Baru-baru ini, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir dan menyatakan sokongan parti itu terhadap kepimpinan Perdana Menteri.
 
Last edited:
Mungkin tiada yg me minta, tp jika tiada kepimpinan bermakna undang2 Hudud sekadar bualan, maka sudah jatuh hukum wajib utk pimpinan PAS memimpin.

Adakah TSMY menepati Kepimpinan Kim PAN Gon, eh silap kepimpinan Ulama?
 
Umno pemimpin lama dh kt xjd kapiaq jgk pun hidup dn subur ja Islam kt Malaysia xgitu bang

Memang la hidup
Tapi ekonomi kita down
Barang naik harga sbb kita tak ikut undang2 islam

Itu yg Tuan Guru bagitau dahulu
9-F213888-0-D45-43-CD-BC76-C3-CD63-B50-F6-C.jpg


Bagi peluang tuan guru pula utk memerintah tanah air
Beliau mungkin ada formula yg lebih baik
 
Back
Top
Log in Register