BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Coros PACE 4 Kini Di Malaysia Dengan Harga RM1099

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Coros melancarkan jam tangan pintar baharu PACE 4 di Malaysia. Sorotan utama terletak pada rekaan yang ringan, paparan AMOLED dan sistem penjejakan lebih canggih. Ia juga sesuai untuk digunakan oleh para atlet yang memberi fokus terhadap prestasi larian. PACE 4 hadir dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Ia dilengkapi dengan skrin sesentuh 2.5D AMOLED 1.2 inci yang dilapisi Mineral Glass bagi meningkatkan tahap ketahanan. Selain itu, bahagian tubuhnya diperbuat daripada polimer gentian ringan seberat 32 gram. Untuk keselesaan pengguna, tali silikon (40 gram) atau nilon (32 gram) turut disediakan sesuai dengan pergelangan tangan bersaiz 135–205 mm serta lebar 22 mm.
1766061563899.png

PACE 4 turut dilengkapi dengan pelbagai ciri kesihatan dan kecergasan terbina seperti fungsi untuk menjejak langkah, pemulihan, tidur, HRV dan kitaran haid bagi membantu pengguna memahami bagaimana tubuh mereka memberi tindak balas terhadap latihan. Ia juga mempunyai mikrofon terbina bagi merekod log latihan ketika berlari. Turut disediakan ialah ciri kecergasan tambahan lain seperti Running Fitness, Race Predictor, Virtual Pacer serta pelan maraton peribadi yang boleh bantu pengguna mencapai sasaran prestasi terbaik mereka. PACE 4 dilengkapi dengan bateri yang mampu bertahan sehingga 41 jam dengan GPS dan 19 hari melalui penggunaan harian.​
 
Back
Top
Log in Register