BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Redmi 13x Kini Tersedia Di Malaysia Dengan Harga RM599

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Xiaomi kini menawarkan Redmi 13x di Malaysia sebagai tambahan baharu dalam segmen telefon pintar bajet mereka. Model ini sebenarnya adalah Redmi 13 tahun lalu dengan sedikit perubahan pada reka bentuk khususnya pada bahagian bonggol kamera. Selain perubahan kecil tersebut, spesifikasinya masih mengekalkan ciri yang sama seperti Redmi 13.
Redmi-13X-MY-A.png.webp

Redmi 13x hadir dengan skrin LCD 6.79 inci FHD+ serta kadar segar semula 90Hz. Ia dijana oleh cip MediaTek Helio G91-Ultra bersama memori 8GB RAM serta storan 256GB. Dari segi ketahanan, peranti melepasi penarafan IP65 yang menawarkan perlindungan terhadap habuk dan percikan air. Selain itu, ia menawarkan sistem kamera dengan tetapan 108MP + 2MP dan swafoto 13MP. Bateri 5030mAh dengan pengecasan pantas 33W turut disediakan bagi memastikan peranti mampu bertahan sepanjang hari.

Redmi-13X-MY-V-950x1188.jpg.webp


Redmi 13x hadir dalam dua pilihan warna, iaitu Midnight Black dan Silk Blue, dengan harga jualan RM599. Peranti ini boleh didapati melalui kedai rasmi Xiaomi.​
 
Back
Top
Log in Register