BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Realme C75x Tersedia Di Malaysia Dengan Harga RM599

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Realme melancarkan telefon terbarunya C75x di Malaysia dengan harga RM599 (8/128GB). Ia dipasarkan dengan tumpuan pada ketahanan air dan kapasiti bateri besar. Ia juga boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Coral Pink dan Oceanic Blue.

Realme-C75x-Tersedia-Di-Malaysia-Dengan-Harga-RM599-A-950x534.jpg.webp


Realme C75x tampil dengan skrin LCD HD+ (1604 x 720 piksel) sebesar 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ini digabungkan dengan cip MediaTek Helio G81 Ultra, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan perisian realme UI 6.0 (berasakan Android 15). Terdapat juga bateri 5,600mAh disediakan dengan sistem pengecasan 45W melalui port USB-C.

Realme-c75x-A-950x950.jpg.webp


Sistem kamera terdiri dengan 50MP utama dan swafoto sebesar 5MP. Kamera juga menyediakan ciri berasaskan kecerdasan buatan menarik seperti AI Smart Loop dan AI Clear Face untuk penghasilan semula imej lebih baik. Selain itu melepasi penarafan IP66/68/69 yang sepatutnya boleh bertahan dalam pelbagai situasi penggunaan.​
 
Back
Top
Log in Register