Copytrade forex: Scam ke tak?

Recommended Brokers


Latest Threads

Status
Not open for further replies.

thump_up

Fun Poster
Joined
Jun 23, 2011
Messages
612
Reaction score
32
Points
20
Salam semua. Minta bantuan kepada sesiapa yang ada pengetahuan mendalam tentang hal ini.

Saya bercadang untuk buat side income, few months ago ada terjumpa option dari satu broker, EssenceFX yang menawarkan copytrade. Awal-awal dulu belum fikir untuk betul-betul serius, baru-baru ni je plan untuk jadikan alternatif peNdapatan sampingan.

Dalam hati ada sedikit ragu-ragu, since ada beberapa perkara yang saya rasa sikit was-was seperti regulated from Vanuatu (seperti yg kita tahu banyak forex broker dari Vanuatu yang mempunyai kredibiliti yang tak berapa elok). Tapi saya masih optimis dari segi itu.

Mereka mendakwa ada segregated account dan STP broker, dan menggunakan Liquidity Provider untuk berdagangkan duit klien (yang ini pun bukan kita boleh nak check pun right? Igofx sendiri claim mereka STP broker)

Anyway, pendekkan cerita. Tujuan saya buka thread ni adalah untuk mendapatkan third party opinion since their side of course akan keluar elok2 je. To be fair to myself (and my future client kalau saya jadi buat). Puas saya buat carian "essencefx scam" tapi so far belum ada apa2 penemuan yang tak baik.

Tetapi benda lain pula yg keluar, iaitu penemuan tentang kes Igofx berkaitan kes managed forex. Link di sini: https://www.forexfactory.com/showthread.php?p=11320303

Secara ringkas, Igofx juga menawarkan pakej yg sama seperti Essencefx iaitu copytrade. Semuanya cantik, hingga satu hari akaun copytrade tersebut lost hingga tiada apa yang tinggal. Ramai berpendapat Igofx ialah moneygame, duit untung dari kononnya copytrade itu sebenarnya ialah duit dari modal pelaburan pelabur yang dirolling2 sahaja. Bila mereka rasa mahu lari kan duit investor, mereka mencipta simulasi dalam akaun fund manager tersebut bahawa duit itu telah lost atau MC dalam single say. Pelik kan? Sedangkan 3 tahun mereka boleh konsisten, dan one day boleh lost mcmtu je. Rasa semua trader sini pun faham nak konsisten setahun pun susah, apatah lagi 3 tahun. Dan untuk yg benar2 boleh konsisten 3 tahun tiba2 boleh mc, adalah sesuatu yang tak masuk akal. Jelas sekali ianya moneygame bagi saya.

Berbalik kepada Essencefx, so far, akaun fund manager di Essencefx pun masih cantik. Dan buat pengetahuan semua saya sendiri ada buka akaun dan guna servis copytrade di sana. But again, bagaimana untuk pastikan ianya betul2 copytrade, bukan ponzi/money game seperti Igofx?

Apa yang membuat saya pada awalnya yakin dengan Essencefx lebih kepada disebabkan kepada percaya pada pelopornya iaitu Joe Kedah (mungkin ramai yang kenal beliau). Sebab itu pun saya sendiri melabur dan guna servis copytrade tu.

Tetapi saya tergerak hati untuk periksa lebih dalam, just in case, kerana wang client ialah amanah, tak kiralah banyak mana. Jika betul2 ada yang tak kena, saya akan tinggalkan, daripada nama sendiri jadi buruk. Itu lebih baik. Dahla minggu depan ni ada appointment penting huhuuu.

Saya betul2 perlukan pendapat anda semua. Terima kasih.
 
Last edited:
Sponsored Post
Status
Not open for further replies.
Sponsored Post
Top
Log in Register