diet perlu seimbang jugak dengan senaman
banyak bersenam + tak jaga makan = x jadi
banyak bersenam + jaga pemakanan = insyaAllah jadi
x bersenam + tak jaga pemakanan = lagi lah x jadi
betul tu...
sebenarnya makan ni adalah faktor yang terbesar akan kesihatan badan(dengan izin Allah)
petikan dari:
http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=811&Itemid=1
" Maka dapat kita fahami bahawa penyakit amat berkait dengan makanan. Pakar-pakar pemakanan pun telah menetapkan tentang piramid makanan iaitu cara pemakanan yang betul. Jika diamalkan maka ia adalah satu jaminan kepada kesihatan tubuh badan. Sebab itu nabi menyatakan:
"Punca penyakit adalah dari perut (makanan)"( maksud hadis ).
Makan dan minum adalah satu keperluan kita sebagai manusia. Dari sudut Islam bahawa makan dan minum diletakkan sebagai wajib pada adat tetapi harus pada syarak. Allah S.W.T menyatakan dalam al-Quran :
"Makanlah dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan" ( maksud al-quran ). "
Petikan dari:
http://assabiel.com/?tag=perut
"Nabi Muhammad SAW bersabda
“Seseorang tidak pernah memenuhkan karung seburuk perutnya, cukuplah bagi seseorang beberapa suapan untuk membetulkan tulang belakangnya (memperolehi tenaga), jika perlu untuk mengambil lebih, maka satu pertiga ruang untuk makanan, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk pernafasan.” [Rujuk hadith riwayat Imam Ahmad, Termidzi, Ibnu Majah dan Nasa’i]. Nabi SAW juga bersabda,
“Perut adalah rumah segala penyakit”. Kini kajian sains mendapati bahawa dari sudut kesihatan, kegemukan menunjukkan adanya kecacatan dalam asimilasi makanan kerana lemak yang berlebihan atau tidak berfungsinya kelenjar endokrin. Walau bagaimanapun, faktor keturunan tidak menjadi penyebab kepada kegemukan seperti tanggapan sesetengah orang."
"Nabi Muhammad SAW bersabda, “
Punca setiap penyakit adalah makan berlebihan ” [Rujuk Eljamie Elsageer]"
dan orang2 putih fitnes slalu cakap..80% dari badan yang fit...adalah dari pemakanan,,,
pemakanan adalah penjagaan kesihatan,,,
p.s: ada juga yang kata...DIET is = DIE +T...haha