Aku ada soklan noob.
Sila lihat contoh kes di bawah. Soklan berkait dengan kes tersebut.
Kes 1:
Si polan ada cash RM100,000. Dia split 2 jumlah tersebut dan deposit ke dalam akaun ASB dia dan spouse dia RM50,000 setiap akaun. Kemudian, setiap bulan si polan deposit RM1,000 ke setiap akaun tak pernah miss untuk selama 5 tahun.
Kes 2:
Si polan ada cash RM100,000. Dia deposit kesemua jumlah tersebut dalam akaun ASB dia. Kemudian, setiap bulan si polan deposit RM2,000 ke dalam akaun dia tak pernah miss untuk selama 5 tahun.
Note: Akaun ASB si polan dan isteri adalah isteri baru, jadi akaun mereka samada bermula dengan RM50,000 atau RM100,000 mengikut kedua-dua kes di atas.
Soalan:
Dari segi pemerolehan dividen, kes mana lebih menguntungkan?
Otak Aku: Kalau ikut pemikiran dan calculation mudah aku, kedua-kes akan beroleh dividen yg sama selepas digabungkan. Mungkin ada yang aku terlepas pandang. Mintak pandangan sahabat semua.
Berkait pula dengan ASBOD.
Adakah perlu kita menggunakan tool OD untuk memberanakkan simpanan ASB. Jika kita guna cara konvensional (menyimpan dalam ASB cara lama dengan menggunakan cash yang ada tanpa perlu OD) adakah kurang kadar keuntungan yang dapat?
Otak Aku: Cara lama lagi untung sebab keuntungan dividen diperolehi sepenuhnya 100% tanpa perlu nak tolak interest OD.
Apakah tujuan sebenar tool ASBOD ni. Adakah ia bertujuan nak membantu supaya kita jadi lebih berdisiplin dalam menguruskan duit kita, membantu kita make money with money dan menjadikan kita kedekut.
Otak aku: Aku masih berpegang kepada menyimpan cara lama lebih menguntungkan tanpa menggunakan facility OD. Facility ASBOD mungkin sesuai untuk sesetngah individu bukan boleh apply kat semua orang.
Mintak tolong Mizie dan sahabat semua perjelaskan.
Aku dah baca thread oleh Awang kat forum sebelah, thread oleh Cikgu Ahmad kat CG dan BJ. Rasanya tak jumpa soklan kat atas tu. Mungkin terlepas pandang.