BTC USD 84,993.4 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[CLOSED] Mari...

salah tujuan kalu nak pakai duit od tuk enjoy...kena tau tahap kemantapan diri tuk manage hal perihal duit nih..kalu nampak duit melambak asik nak tembak dinding jer..baik tak yah buat..

hutang2 yg sedia ade jer dah melambak..nak tambah hutang lagi ke? sedarla diri skit...

od ni tuk manage kewangan korang yg asik tak cukup duit tengah bulan..

dgn adenya od..kita bleh pakai reverse engineering tuk buat duit dari duit bank.. :-?

baik bos..hehe
bkn apa tp sll org duk tanya kire bkn duet kita jgk ke od tu sbb kita cagarkan samting.tang tu yg agak krg paham :D
 
hmm menarik gak, tapi cerita lah lebih skit... mcm mana kau buat keuntungan dengan duit OD tu?

dari yang aku paham la..
kita untung cuma pada pengunaan duit tu je..
dan untung tahunan dari asb..
kelebihanya...
boleh guna duit simpanan tu tanpa menjejaskan simpanan tersebut.


daripada yang aku paham la...
 
dari yang aku paham la..
kita untung cuma pada pengunaan duit tu je..
dan untung tahunan dari asb..
kelebihanya...
boleh guna duit simpanan tu tanpa menjejaskan simpanan tersebut.


daripada yang aku paham la...

masalahnya OD pun kena bayar balik.... samala seperti kita buat biasa...
 
baik bos..hehe
bkn apa tp sll org duk tanya kire bkn duet kita jgk ke od tu sbb kita cagarkan samting.tang tu yg agak krg paham :D

hehe..kapla otak ko still pakai kitaran pusingan jam..cuba lawan skit pusingan jam tu..reverse the technology... amacam? :D
 
Aku ada soklan noob.

Sila lihat contoh kes di bawah. Soklan berkait dengan kes tersebut.

Kes 1:
Si polan ada cash RM100,000. Dia split 2 jumlah tersebut dan deposit ke dalam akaun ASB dia dan spouse dia RM50,000 setiap akaun. Kemudian, setiap bulan si polan deposit RM1,000 ke setiap akaun tak pernah miss untuk selama 5 tahun.

Kes 2:
Si polan ada cash RM100,000. Dia deposit kesemua jumlah tersebut dalam akaun ASB dia. Kemudian, setiap bulan si polan deposit RM2,000 ke dalam akaun dia tak pernah miss untuk selama 5 tahun.

Note: Akaun ASB si polan dan isteri adalah isteri baru, jadi akaun mereka samada bermula dengan RM50,000 atau RM100,000 mengikut kedua-dua kes di atas.

Soalan:

Dari segi pemerolehan dividen, kes mana lebih menguntungkan?
Otak Aku: Kalau ikut pemikiran dan calculation mudah aku, kedua-kes akan beroleh dividen yg sama selepas digabungkan. Mungkin ada yang aku terlepas pandang. Mintak pandangan sahabat semua.



Berkait pula dengan ASBOD.

Adakah perlu kita menggunakan tool OD untuk memberanakkan simpanan ASB. Jika kita guna cara konvensional (menyimpan dalam ASB cara lama dengan menggunakan cash yang ada tanpa perlu OD) adakah kurang kadar keuntungan yang dapat?
Otak Aku: Cara lama lagi untung sebab keuntungan dividen diperolehi sepenuhnya 100% tanpa perlu nak tolak interest OD.

Apakah tujuan sebenar tool ASBOD ni. Adakah ia bertujuan nak membantu supaya kita jadi lebih berdisiplin dalam menguruskan duit kita, membantu kita make money with money dan menjadikan kita kedekut.
Otak aku: Aku masih berpegang kepada menyimpan cara lama lebih menguntungkan tanpa menggunakan facility OD. Facility ASBOD mungkin sesuai untuk sesetngah individu bukan boleh apply kat semua orang.

Mintak tolong Mizie dan sahabat semua perjelaskan.

Aku dah baca thread oleh Awang kat forum sebelah, thread oleh Cikgu Ahmad kat CG dan BJ. Rasanya tak jumpa soklan kat atas tu. Mungkin terlepas pandang.
 
masalahnya OD pun kena bayar balik.... samala seperti kita buat biasa...

dari ape yang aku tau la..
kita guna duit tu baru kita bayar berape yang kita guna tu..
kadar interest pun rendah..


aku cuma dengar member aku cite je..
 
dari yang aku paham la..
kita untung cuma pada pengunaan duit tu je..
dan untung tahunan dari asb..
kelebihanya...
boleh guna duit simpanan tu tanpa menjejaskan simpanan tersebut.


daripada yang aku paham la...

masalahnya OD pun kena bayar balik.... samala seperti kita buat biasa...

ok gini..aku pusing skit otak korang ni..ni crita nak minum sedap jer..

ko gi kedai mamak mintak ais melo kaw punya..mapler ni pun bawak melo ais kawtim baik punyaaa...

lepas tu ko minum melo ais tu..air melo akan kurang..ais masih tetap ade tapi akan lebur skit skit..

skang ni mulut korang tu pendek..so, air yg kat bawah tu ko tak bleh capai..ko mintak mapler tu tambah ais (sebab kalu tambah air melo korang kena bayar lagi)..ngan tambah ais, dengan harapan air melo tu jadik makin banyak...so, mulut ko yg pendek tu bleh hirup air tadi tu... :eek:

ok..skang ni tengok dari segi kegunaan od..
- duit yg korang nak save tu andaikan melo yg korang hirup..korang simpan dlm perut korang...
- ais yg ditambah tu andaikan income korang setiap bulan masokkan ke dlm akaun od korang
- tuk maintain hirupan melo korang tu berpanjangan (sebab korang nak bayar harga 1 air melo ais)..ais tu akan lebur skit2..andaikan duit od korang tu akan reduce skit2...

in the long run..perut korang tu akan kedepan..ni menunjukkan hirupan melo tu dah membuatkan perut korang boncit..pasif ke tak pasif dngn perut korang cam tu.. :D

ok..takat ni jer..kang lebeh2 pening plak..paham tak hak takat tu dulu? #:-S
 
Last edited:
aku rasa aku dah paham dah..tapi bile aku baca lagik,mcm tak paham..tapi aku paham dah..
 
Back
Top
Log in Register