BTC USD 60,856.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ask/Help Claim insurans kereta

fuhrer_69

Active+ Member
Messages
3,250
Joined
Sep 18, 2013
Messages
3,250
Reaction score
792
Points
81
aslkm warga cg.

petang tadi abg aku nye kereta ada orang langgar dari belakang (bini aku yg bawa masa tu).

dua-dua pihak dah report polis.

sekarang ni polis cakap lepas satu minggu datang semula ke balai untuk ambil dokumen kemudian baru boleh ke bengkel.

sekarang ni procedure dia yang sebenar macam mana??
1. report polis - selesai
2. tunggu dokumen - dalam proses
3. seterusnya??
4.??

dan macam mana aku nak bagitau dekat bengkel, yang aku nak claim atas insurans kereta yg langgar aku ni?

sebelum tu ada step apa-apa lagi ke yang aku tertinggal.

kalau boleh isi dalam point yg aku bagi, senang nak paham. terima kasih

**road tax, lesen semua ada.
 
4.

Pegawai Penyiasat akan mengeluarkan keputusan kes dalam masa 15 hari selepas kemalangan. Salinan report akan dibekalkan serta merta atau tidak melebihi 3 hari bekerja manakala bagi rajah kasar dan gambar kemalangan adalah tidak melebihi 15 hari.

Selepas keputusan kes, lakaran rajah kasar dan gambar kemalangan dikelurakan oleh pihak polis, anda boleh datang semula ke balai polis tempat anda membuat laporan tersebut untuk membeli salinan keputusan kes, lakaran rajah kasar dan gambar kemalangan bagi kegunaan tuntutan insurans untuk kos membaiki kerosakan kereta anda.

Tuntutan kerosakan kereta terhadap pihak insurans yang melanggar kenderaan anda hendaklah dibuat secepat mungkin.

Sekiranya ada delay dalam membuat tuntutan insurans, anda perlu membuat surat kepada pihak insurans untuk memaklumkan sebab kelewatan dalam membuat tuntutan kerosakan kereta.

Jika kereta anda yang dilanggar model Honda, hantar ke Service Centre Honda bagi memastikan kerosakan kereta anda dibaiki dengan sempurna dan segala spare parts digantikan dengan spare parts yang asli model keluaran kereta anda.

Apabila anda menghantar kereta anda untuk dibaiki di Service Centre, bagi mempercepatkan proses tuntutan insurans dan membaiki kerosakan kereta anda, pihak Service Centre lazimnya akan membuat tuntutan kos kerosakan kereta ke atas insurans kereta anda.

Kemudianya, pihak insurans kereta anda yang akan membuat tuntutan ke atas insurans pihak kenderaan yang melanggar anda.

Jangan risau, NCD insurans kereta anda tidak akan terjejas.

Selain daripada kos membaiki kerosakan kereta, anda juga layak untuk menuntut Loss of Use daripada pihak insurans.

Tuntutan bagi Loss of Use adalah tuntutan yang dibuat oleh pihak yang dilanggar terhadap syarikat insurans pihak yang melanggar bagi kos kenderaan gantian selama mana kenderaan anda yang dilanggar berada di bengkel bagi urusan repair.

Loss of Use juga bertujuan untuk memberikan wang pampasan kepada anda bagi kos pengangkutan yang terpaksa anda bayar selama mana kenderaan anda tidak boleh digunakan.

Pihak Service Centre akan menyediakan laporan lengkap beserta dengan salinan dokumen yang diperlukan untuk tuntutan anda.

Kebiasaanya laporan dan dokumen untuk tuntutan Loss of Use ini akan dikeluarkan dalam masa 3-5 hari bekerja setelah kereta anda siap dibaiki.

Hantar dokumen dan laporan tersebut ke syarikat insurans kenderaan yang melanggar kenderaan anda untuk diproses.

Dapatkan details officer in charge untuk tuntutan Loss of Use anda dan buat follow up dari semasa ke semasa.

Lazimnya pihak insurans akan mengambil masa 2 minggu hari bekerja untuk memproses tuntutan Loss of Use anda sebelum membuat pembayaran kepada anda.

P/S: kalau Loss Of Use tidak terlibat, abaikan kesemua perenggan tersebut
 
aslkm warga cg.

petang tadi abg aku nye kereta ada orang langgar dari belakang (bini aku yg bawa masa tu).

dua-dua pihak dah report polis.

sekarang ni polis cakap lepas satu minggu datang semula ke balai untuk ambil dokumen kemudian baru boleh ke bengkel.

sekarang ni procedure dia yang sebenar macam mana??
1. report polis - selesai
2. tunggu dokumen - dalam proses
3. seterusnya??
4.??

dan macam mana aku nak bagitau dekat bengkel, yang aku nak claim atas insurans kereta yg langgar aku ni?

sebelum tu ada step apa-apa lagi ke yang aku tertinggal.

kalau boleh isi dalam point yg aku bagi, senang nak paham. terima kasih

**road tax, lesen semua ada.

Bacaan artikel penuh kemalangan dan claim insurans - https://carigold.com/forum/threads/...n-insuran-bila-kereta-anda-kemalangan.704943/
 
kiranya akan ada wakil dari insurans datang dan kita kena berurusan dengan wakil insurans? macam tu
dan segala tuntutan insurans termasuklah loss of use dibuat melalui wakil insurans?

bergantung dimana kenderaan dihantar untuk dibaiki, jika bengkel panel .. semua dokumentasi dibuat oleh panel tersebut, jika bukan panel .. maklumkan pada syarikat insuran di bengkel mana kenderaan berada dan mereka akan hantar "Adjuster" iaitu wakil penilai kerosakkan ke sana ..

saya suggest pergi panel sahaja senang :)

saya pernah terlibat kemalangan pada tahun 2003, pergi bengkel bukan panel sebab kawan pakcik saya ada towing masa tu dan bengkel kenalan, eksiden Klang tapi report dengan repair kat Puchong :D

Adjuster datang ke bengkel untuk nilai kerosakkan ..
 
ouh kiranya kalau nak tau lokasi bengkel panel berdekatan kena call insurans dulu lah kan?
 
ouh kiranya kalau nak tau lokasi bengkel panel berdekatan kena call insurans dulu lah kan?

betul, untuk mudahkan proses dan kurangkan perkara leceh .. panggil syarikat insurans dan minta panel berdekatan rumah, syarikat insuran akan arrange A - Z .. mereka akan bantu juga dalam claim dari insuran pihak yang langgar, jadi tiada NCD kamu terlibat :)
 
Back
Top
Log in Register