Cinta hingga mati

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136


RAUB – Pasangan suami isteri maut selepas kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 341 Jalan Raub–Lipis dekat kawasan Kampung Lepar kira-kira jam 2 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, mangsa Mohd Fareez Ramli, 26, menunggang motosikal jenis Modenas sementara isterinya, Siti Mariam Hashim, 25, membonceng bersama anak lelaki berusia 3 tahun.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa dari arah Raub tetapi Mohd Fareez membelok motosikal ditunggangnya secara tiba-tiba dengan membuat pusingan U sebaik tiba di tempat kejadian.

“Motosikal mangsa bertembung dengan Proton Tiara dipandu Wan Ahmad Firdaus Wan Dzulkifli, 25, dari arah sama.

“Mohd Fareez cedera parah di beberapa bahagian badan termasuk kaki dan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian, sementara isterinya yang turut parah meninggal dunia di Hospital Raub,” katanya.

Wan Mohd Samsudin berkata, anak kecil pasangan terbabit turut cedera dan dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

Katanya, pemandu Tiara yang berasal dari Kampung Bukit Betong, Lipis juga cedera namun stabil selepas menerima rawatan.

“Saksi kejadian diminta hadir ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan atau hubungi talian kilat polis Raub menerusi 09-3554999,” katanya.

Jenazah Mohd Fareez dan Siti Mariam dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pia, dekat sini kira-kira jam 11 malam pada hari kejadian dalam satu liang lahad.

Siasatan awal mendapati penunggang dan pembonceng motosikal tidak memakai topi keledar.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/cinta-hingga-mati-1.149601
 
Sponsored Post

coq_kodok

Active Member
Joined
Feb 28, 2013
Messages
1,128
Reaction score
22
Points
25
dah smpai masa masa maut menjemput......takziah buat kluarga beliau sekeluarga....
 

fatvet

Active Member
Joined
Sep 16, 2011
Messages
1,621
Reaction score
21
Points
25
alfatihah untuk saudara semuslim ku
 

matsarol

Active Member
Joined
Aug 31, 2009
Messages
1,557
Reaction score
5
Points
25
al-fatihah.takziah kepada keluarga mangsa..kesian kt anak dia..:(
 

krazey17

Active Member
Joined
May 25, 2010
Messages
2,332
Reaction score
60
Points
40
Al Fatihah moga di tempatkan dikalangan org2 yg beriman..
 

ZURA-SAN

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 14, 2010
Messages
13,037
Reaction score
23
Points
120
takziah...

kesian anak dia diusia muda dah jadi anak yatim piatu...
 

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
Al Fatihah & salam takziah.... mmg tak boleh lari dr ajal & maut...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register