BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cimb Clicks Server Down.

image.jpg

CIMBClicks selamat, orang ramai tak perlu bimbang

KUALA LUMPUR - Polis menasihatkan orang ramai untuk membuat pengesahan terlebih dahulu kepada pihak bank berkenaan tentang apa sahaja perkara yang mencurigakan.

Hari ini, tular di media sosial mendakwa sistem portal perbankan CIMBClicks tidak selamat.

Malah, terdapat dakwaan daripada pengguna yang mana akaun mereka boleh diakses walaupun tanpa memasukkan kata laluan yang betul.

Susulan itu, CIMB Bank Bhd (CIMB) tampil menegaskan sistem portal perbankan dalam taliannya, CIMBClicks, kekal selamat dan terjamin serta semua transaksi pelanggan terus dilindungi.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, buat masa ini tiada laporan polis diterima pihaknya berhubung perkara ini.

"Pihak bank juga telah memberi kenyataan tentang perkara ini dan orang ramai tidak perlu bimbang.

"Nasihat saya minta pengguna sentiasa berwaspada dan pastikan apa-apa yang diperoleh, dapatkan pengesahan dari bank berkenaan. Orang ramai usah khuatir, kalau ada kemusykilan dapatkan pengesahan bank," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam satu kenyataan hari ini, CIMB berkata, pada hujung minggu lalu, pihaknya mengambil langkah memperkenalkan beberapa langkah tambahan untuk meningkatkan keselamatan transaksi CIMBClicks.

"Selain daripada memastikan sistem kami boleh menerima kata laluan lebih panjang daripada lapan aksara sehingga 20 aksara, kami turut menambah langkah keselamatan reCaptcha ke atas CIMBClicks bagi memastikan pengguna itu bukanlah robot laman web," katanya.

Tambah kenyataan itu, sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian +603 6204 7788.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/cimbclicks-selamat-orang-ramai-tak-perlu-bimbang-1.916338
 
kalau duit hilang bank bole ganti blk ke?
 
tu la..sbb tu elakkan jgn on9 lg buat masa skrg
mungkin sbb panik..pegi on9..dan terklik apa2 link scam..mmg naya lah


Ramai dah ngadu duit hilang dari akaun #:-S
 
kena ddos attack ke? mmg problem cimb sebulan 2 ni
 
ambe try lepas... siap transfer wat lari ke bank islam...tapi pelik..leh login gak tanpa password betul.
 
ada member dah try tak masuk password pun boleh login bang.. pelik betui
 
adik aku pernah duit dlm akaun kena curi
maybank cakap tak ganti
pidm ganti utk kes2 mcm bank kena pecah, rompak, bencana
jenayah siber pidm x tanggung
 
ada member dah try tak masuk password pun boleh login bang.. pelik betui

yer ker? btol ke ko cite nih..
aku tak pecaya..

meh kasi aku try tgk..
ape user id hang?
 
Back
Top
Log in Register